Selama 22 tahun wanita ini menjadi penyampai berita cuaca, inilah perubahan wajahnya yang sangat mengejutkan..!

Selama 22 tahun wanita ini menjadi penyampai berita cuaca, inilah perubahan wajahnya yang sangat mengejutkan..!

Sesiapa antara kita pasti pernah melihat gambar foto kenangan pada waktu lalu yang diambil sejak 10-20 tahun yang lalu. Pasti ada gelak ketawa apabila melihat rupa fizikal kita yang dahulu dibandingkan dengan waktu sekarang lebih-lebih lagi dari segi raut wajah dan bentuk badan yang banyak perubahan.

Tapi ada juga orang yang hanya mengalami sedikit perubahan ataupun  tidak mempunyai perubahan langsung, ini yang terjadi kepada Yang Dan, seorang wanita berusia 44 yang merupakan penyampai berita CCTV untuk wilayah China.

Sebuah video yang memaparkan Yang Dan telah tular di serata media sosial China, menunjukkan beliau bekerja selama 22 tahun sebagai penyampai berita cuaca. Apa yang menakjubkan, wajah Yang kelihatan hampir sama seperti beliau kali pertama terpapar di

kaca televisyen pada tahun 1996.

Penampilan pertama Yang Dan pada 1996 sebagai penyampai berita cuaca

 

 

Video tersebut pada mulanya dikongsi oleh program rancangan cuaca untuk menandakan Hari Wanita Antarabangsa, diikuti dengan keterangan video, “Banyak pengguna laman web telah mengikuti rancangannya sejak dulu lagi, dan mereka berasa kagum mengapa wajahnya langsung tidak berubah malah kelihatan lebih muda daripada sebelumnya.”

Yang telah digelar sebagai “dewi muda sepanjang masa”, penyampai berita cuaca yang telah memenangi beberapa anugerah menyebabkan orang ramai tertanya-tanya apakah rahsianya.

Ada juga yang bergurau bahawa rancangan Yang sebagai penyampai berita adalah konspirasi, dimana seluruh rakaman video yang telah dikumpulkan sejak 22 tahun yang lalu sebenarnya rakaman yang dibuat dalam satu hari sahaja dimana Yang menukar-nukarkan pakaiannya sahaja.

Tidak cukup dengan gurauan konspirasi, orang ramai juga menambah berkemungkinan Yang telah menemui sebuah mitos lubuk air mata yang terletak di suatu tempat di China yang menjadikannya awet muda selamanya.

Lebih daripada dua dekad, penampilan Yang tidak menunjukkan usia yang meningkat malah lebih muda daripada sebelumnya

Kredit: erabaru