Ramai Yang Tak Tahu Anak Dara Cantik Ini Adalah Anak Amy Search, Patutlah Jarang Nampak Bukan Duduk Malaysia Rupanya, Tak Sangka Adik Nabila Huda Memang Cantik!

Ramai Yang Tak Tahu Anak Dara Cantik Ini Adalah Anak Amy Search, Patutlah Jarang Nampak Bukan Duduk Malaysia Rupanya, Tak Sangka Adik Nabila Huda Memang Cantik!

Baru baru ini merupakan ulang tahun kelahiran penyanyi rock tanah air kita, Amy Search. Majlis yang dihadiri oleh kenalan rapat mereka dikongsi Amy di laman Intagram miliknya. Memang meriah habis.

Namun ramai yang tertanya tanya di sebalik gambar kemesraan Amy Search bersama seorang gadis cantik.

Haa sebenarnya tu anak Amy Search, Irisha. Mereka sambut ulang tahun kelahiran bersama. Boleh tahan cun jugak…

Difahamkan anak Amy Search, Shasha ini tinggal bersama ibunya di Houstan, Texas dan jarang bertemu bapanya, Amy Search selepas bercerai ketika Shasha masih kecil, hanya berusia 3 tahun. Sekarang dah 20an. Memang cantik dan cun!

Shasha dan Nabila Huda adik-beradik berlainan ibu. Ibu Shasha adalah isteri ketiga kepada Amy Search.

 

Raut wajahnya dengan Nabila Huda tak jauh beza. Dah nama pun adik beradik kan?
Berstatuskan lagenda rock negara, nama Amy Search begitu kukuh dalam persada seni tempatan malah disegani serta menjadi idola kepada kebanyakan artis baru.

Awalnya, pemilik nama penuh Suhaimi bin Abdul Rahman ini menampung hidup sebagai penala piano sebelum peluang keemasan jatuh di riba – tawaran menjadi ‘frontman’ sebuah kumpulan rock yang diberi nama Search.

Siapa sangka kumpulan yang mulanya beraksi di kelab-kelab malam berjaya melakar sejarah unggul dalam industri muzik tempatan.

 

Memiliki lebih 20 album, setiapnya terkandung karya-karya malar segar yang masih menjadi siulan remaja masa kini. Siapa yang tidak kenal lagu-lagu seperti “Rozana”, “Fantasia Bulan Madu”, “Isabella”, “Gothik Malam Edan”, “Fenomena”, “Pawana”, “Mentari Merah Di Ufuk Timur”, “Pelesit Kota”?

Kejayaan Search di bidang muzik dilanjutkan ke layar perak melalui filem ‘Fenomena’ yang dibintangi Ramona Rahman dan Datuk M Nasir, serta ‘Isabella’, sebuah usahasama Malaysia-Indonesia, yang menampilkan Amy sebagai teraju utama di samping Nia Zulkarnaen.

 

kegemilangan yang diraih Search mula terjejas sekitar tahun 1996 apabila Amy mengambil keputusan mengejut untuk mengundur diri dan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo.

 

Ekoran dari album solo pertamanya, ‘Magic’ yang dikeluarkan pada tahun 1994 ketika dia masih bersama Search, Amy tampil dengan album ‘Camouflage’ (1997).

Bagaimanapun, sudah tertulis dalam sejarah Search yang perjalanan mereka tidak akan berakhir begitu sahaja. Selepas dibubarkan pada tahun 2001, Amy terpanggil untuk menghidupkan semula Search.

 

Bersama Hamzah Mohd Taib, Noordin Taib, Nasir Daud dan Lola, Amy mengadakan konsert reunion di Stadium Merdeka pada tahun 2004.

Selain dipilih menjadi pembimbing bagi program realiti Mentor 2, Amy juga pernah bergelar pengetua Akademi Fantasia musim ke-9.

Buat peminat Amy yang ingin mengetahui satu persatu kisah hidupnya, ayah kepada Nabila Huda ini mendedahkan sedang menyiapkan buku biografi setebal 400 muka surat.

Biodata
Nama Asli
Suhaimi bin Abdul Rahman

Tanggal Lahir
28 Juli 1958

Tempat Lahir
Johor Baru, Malaysia

Kewarganegaraan
Malaysia

Suami/Istri
Faridah (1983 – 1985), Noorliza Abdul Latiff (1990 – 1994), Roslisa Ahmad (bercerai), Norish.

Anak-anak
Nabila Huda (perempuan, L. 1984), Irisha Myra (perempuan, L. 1997), Alexander Zulkarnain (laki-laki, L. 2004), Sania Samara (perempuan)

Populer Sejak
Menjadi vokalis grup band “Search” (1981)

Sumber :kaki viral