Rakaman Video Bilik DS Siti Di Hospital Yang Cute Dan Mewah Ini Dapat Perhatian Ramai Hingga Cecah 1 Juta Views 

Rakaman Video Bilik DS Siti Di Hospital Yang Cute Dan Mewah Ini Dapat Perhatian Ramai Hingga Cecah 1 Juta Views

Setiap orang pasti akan melalui nikmat hidup yang tidak sama. Begitu juag dengan setiap wanita yang ada di negara kita.Bila bersalin,masing-masing akan lalui suasana yang berbeza. Ada orang bersalin di hospital kerajaan, bagi yang ada duit lebih pula atau jika dapat tajaan,bolehlah bersalin di hospital swasta. Begitu juga dengan mereka yang hidup sebagai jutawan dan kaya-raya, bersalin di hospital swasta dengan layanan bak tuan puteri pasti mereka mampu.

Begitulah juga dengan Ds Siti. Kelahiran bayinya di nanti ramai. Makanya persediaan yang rapi juga banyak di lakukan. Sejak Ds Siti mengandung lagi, setiap bulan itulah pasti akan ada banyak hadiah yang baby Ds Siti dapat. Suami juga selalu memanjakan Ds Siti termasuk menyediakan lif di rumah supaya senang Ds Siti mahu naik dan turun.

Rakaman video ini pula telah mendapat sehingga 1 juta views. Mungkin kerana dekorasi bilik rehat Ds Siti di hospital yang mewah dan comel ini agak jarang-jarang di dedahkan kepada ramai orang,maka ramai betul yang terpesona bila melihatnya. Dalam ramai-ramai artis, rasanya Ds Sitilah yang mempunyai bilik rehat cantik seperti ini selepas bersalin.

Sekarang ini Ds Siti di katakan masih di tahan di wad dan berehat di sana bersama bayinya kerana Ds Siti di katakan melalui pendarahan. Namun dari segi yang lain, Ds Siti di katakan berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Nak tengok bilik Tok Ti? Inilah bilik dia yang penuh dengan hiasan yang comel dan sangat best mata memandang. Alahai bestnyer.Kata Ds Khalid, nanti sepanjang bersalin,DS Siti akan mempunyai 2 orang pekerja yang akan menjaganya bersama bayi termasuk untuk waktu malam.

Makan minum juga adalah menu special termasuk ada ikan salmon dan set pantang ini adalah dalam kategori mewah 5 bintang yang di sediakan oleh suami buat Ds Siti.Wah wah!

Rasanya pasti ramai ibu-ibu di luar sana pun berharap kalau ada rezeki lebih mereka akan dapat berehat dalam bilik macam ini bersama baby kan?Tapi kalau ikutkan paling panting baby dan ibu sihat dan selamat. Bilik cantik macam ini sebagai tambahan sahaja.Betul tak korang?

 

Kredit: Kisah Dunia