Panas! Katy Pery Cuba Cabul Peserta Ujibakat American Idol.. Tapi Peserta Balik TERSENYUM

Panas! Katy Pery Cuba Cabul Peserta Ujibakat American Idol.. Tapi Peserta Balik TERSENYUM

Entah apa yang tidak kena dengan pelantun lagu Swish-swish ini. Adakah terlalu kemaruk atau ini adalah sisi sebenar Katy Pery? Terbaru, sebuah video kian tular menunjukkan Katy mencium seorang lelaki yang juga peserta ujibakat American Idol.
Lelaki Kecewa Dicium Katy Pery
Bagaimanakah perasaan anda apabila dicium oleh seseorang yang begitu popular? Teruja? Tak boleh tidur malam? Tidak bagi lelaki yang berumur 19 tahun ini. Beliau telah meluahkan rasa kesal dan tidak selesa selepas dicium Katy.

Manakan tidak, menurut lelaki tersebut yang dikenali sebagai Benjamin Glaze. beliau tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan lalu Katy telah memanggilnya ke hadapan lalu menyuruh Benjamin menciumnya di pipi.

Bukan itu sahaja, Katy yang ingin menciumnya kali kedua, telah memalingkan muka dan sesuatu yang mengejutkan apabila beliau mencium mulut Benjamin. Tambah Benjamin, beliau tidak ingin dicium dan ingin simpan ciuman tersebut untuk seseorang yang istimewa kelak. Namun segalanya telah dimusnahkan Katy apabila ‘first kiss’ itu telah menjadi miliknya.
Katy Perry Dilabel Miang
Sejurus tularnya video tersebut, rata – rata peminat melabel Katy sebagai seorang yang miang dan dikatakan cuba mencabul lelaki tersebut. Malah perbuatannya yang dikategorikan sebagai ‘sexual harassment’ itu telah dikecam hebat.

Mengapa ianya dikategorikan sedemikian? Cuba letakkan situasi dimana Katy adalah seorang lelaki dan peserta tersebut adalah seorang wanita dan dicium sedemikian rupa tanpa sebarang persetujuan. Logik bukan?

Sumber: Hangat.com