“Pakaian ketat, goyang punggung, menari Panama dengan lelaki.. Rakam aib sendiri, tak tahu malu ke?…”

“Pakaian ketat, goyang punggung, menari Panama dengan lelaki.. Rakam aib sendiri, tak tahu malu ke?…”

 

 

Baru-baru ini, satu tarian yang dinamakan Panama Dance telah menjadi tular di seluruh negara dan mampu membuat para pendengarnya terasa ingin turut serta menari.

Seorang pengguna Facebook yang juga pelukis komik telah memuat naik status berkongsi pendapat mengenai tarian itu yang dikatakan tidak sesuai terutamanya buat kaum wanita.

BERHENTI UPLOAD DAN SHARE VIDEO WANITA BERJOGET TARIAN PANAMA

Kebelakangan ni dah ada satu trend kat media sosial, ramai yang pakat share video orang berjoget (bersenam katanya) menggunakan muzik Panama. Namun dalam video itu, ada wanita-wanita berpakaian ketat dan menari dengan lenggang-lenggok yang berlebihan, yang mana tak sepatutnya disebarkan oleh umat Islam.

Ya, mungkin ada sesetengah tu nak gunakan sebagai rujukan untuk senam robik kat dalam bilik sendiri, namun masih tidak menghalalkan kita menyebarkan secara terbuka wanita tidak menutup aurat berjoget sebegitu.

Kemudian, yang mana yang nak buat tarian tu pula, janganlah rakam, jangan upload dan jangan share kat media sosial. Jangan biarkan bukan mahram anda melihat susuk tubuh anda berlenggang-lenggok sedemikian rupa. Jaga maruah. Jaga betul-betul imej anda sebagai wanita muslimah.

Kekadang sedih juga, melihat betapa hanyutnya masyarakat kita dalam hiburan, sehingga lupa akan batas-batas dalam ikhtilat, penjagaan aurat etc. Sehingga tanpa segan silu, beramai-ramai, rakam perbuatan masing-masing, untuk tatapan umum, sekali dengan aib-aib orang yang dirakam turut tersebar.

Bagi yang dah terakam atau terupload video panama challange korang, yang di dalamnya ada wanita berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna, turut sama berjoget melenggang-lenggokkan tubuh badan menari mengikut rentak lagu, bolehlah slow-slow remove atau delete dari akaun Facebook masing-masing, sebelum page-page kaki Viral besar-besar kat Malaysia ni repost video korang.

Once page besar-besar ni dah repost, susah korang nak tutup balik aib korang, walaupun korang dah bertaubat sungguh-sungguh. So, better take action now. Delete awal-awal. Remove awal-awal.

Dan yang mana ada plan nak buat Panama Challenge kat office, tempat kerja, sekolah, atau kelas masing-masing, batalkanlah niat tersebut.

Nak bersenam boleh. Cuma kena jaga batas. Yang perempuan, buat secara tertutup tanpa bercampur dengan lelaki, dan jangan rakam, jangan upload, jangan sebar.

Semoga Allah membimbing kita semua dalam menempuh dugaan dan godaan hiburan melampau zaman sekarang. Insya-Allah.

Sumber : Abeben’s Artworks