Padah Berkhalwat, Pasangan Bercinta Dimandikan Dengan Air Kumbahan

Padah Berkhalwat, Pasangan Bercinta Dimandikan Dengan Air Kumbahan

Semakin hari, semakin menjadi-jadi pula sikap remaja zaman sekarang ni. Sewenang-wenangnya mereka ni lakukan maksiat dan bila sudah terjebak dalam hal tersebut dengan lebih mendalam, mulalah tersebarnya kes macam buang bayi dan pengguguran secara haram. Last-last diri mereka juga yang menjadi mangsa!

Demi mengelakkan perkara seperti ini terus berlaku, sepasang kekasih telah menerima padahnya selepas ditangkap berdua-duaan di dalam sebuah rumah oleh penduduk kampung. Akibat daripada perbuatan tidak senonoh itu, penduduk kampung telah memandikan mereka dengan air kumbahan di hadapan orang ramai! Euuww!

 

Rakaman video yang tular di Facebook itu, dimaklumkan telah berlaku di Kampung Kayee Lee, Ingin Jaya di Aceh Besar. Menurut mStar, aktiviti pasangan kekasih ini terbongkar selepas sekumpulan pemuda telah menyerbu rumah remaja lelaki berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Ar dan mendapati teman wanitanya H, 18, ada di rumah tersebut juga. Opps!

Walau bagaimanapun, kumpulan pemuda itu tak dapat pastikan apa yang dilakukan pasangan tersebut dan terus memaksa kedua-duanya keluar dari rumah berkenaan. Mereka kemudian dimalukan di hadapan khalayak ramai dengan dimandikan air kumbahan yang berwarna hitam pekat.

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Pun begitu, sebaik menerima aduan, pihak polis bergegas ke kawasan itu untuk memantau keadaan. Pasangan tersebut kemudian dibenarkan membersih diri di sungai berdekatan dan mereka dilaporkan telah ditahan polis untuk siasatan lanjut.

 

Menurut undang-undang syariah di Aceh, pasangan itu berkemungkinan berdepan dengan hukuman kerana melanggar peraturan dan bakal disebat di tempat awam jika sabit kesalahan. Ini hukuman biasa tau di Aceh!

Sumber: mStar