Neelofa Dapat Kejutan Jambangan Ros Dalam Pesawat. Dari Siapa Tu?

Neelofa Dapat Kejutan Jambangan Ros Dalam Pesawat. Dari Siapa Tu?

Beruntunglah sebab selalu dapat kejutan! ada sahaja kejutan yang di terima oleh engacara dan pelakon popular, Neelofa sejak akhir-akhir ini.

Yang terbaru dia menerima kejutan daripada syarikat penerbangan, AirAsia sewaktu dalam perjalanan pulang ke tanah air dari Singapura semalam.

Dalam perkongsian Ketua Komunikasi Korporat AirAsia, Aziz Laikar di laman instagramnya. Menurut laporan dari Utusan Online, Sebenarnya Neelofa dapat kejutan kerana pencapaiannya di mana dia tersenarai sebagai salah seorang calon Anugerah Wanita Masa Depan (Asia Tenggara) yang berlangsung Selasa lepas.

“Kejutan dalam pesawat untuk Neelofa yang tercalon dalam Anugerah Wanita Masa Depan (Asia Tenggara). Majlis yang mengangkat wanita yang berjaya kini dan untuk masa depan.

“Lofa, anda adalah contoh terbaik bagi frasa wanita boleh melakukan apa sahaja. Kami (AirAsia) sangat bangga dengan pencapaian anda,” katanya.

Bertuah jadi Neelofa ni, pergi mana-mana selalu dapat perhatian. Walaupun beliau tidak memenangi Anugerah itu, namun dia tetap menang dalam hati peminat.

 

Kredit: Hangat.com