Mop Di Kedai Serbaneka, Sikap Fazley Yaakob Dipuji..Rupanya Ini Sebab Beliau Buat Begitu..

Mop Di Kedai Serbaneka, Sikap Fazley Yaakob Dipuji..Rupanya Ini Sebab Beliau Buat Begitu..

Mop Muntah Anak Di Kedai Serbaneka, Sikap Fazley Yaakob Dipuji
Mop Muntah Anak Di Kedai Serbaneka, Sikap Fazley Yaakob Dipuji

Tindakan selebriti chef, Datuk Fazley Yaakob membersihkan muntah anaknya sendiri di lantai salah sebuah kedia serbaneka mendapat pujian peminat.

Menerusi video yang dikongsikan Fazely Yaakob di akaun Instagram (IG) peribadinya menunjukkan dia sedang mengemop lantai sambil diperhatikan anaknya, Ahmad Firudz yang difahamkan baru sahaja termuntah.

Video tersebut mendapat perhatian pengikut IG yang rata-rata memuji cara Fazley yang dikatakan sebagai contoh terbaik.

Fazley dalam entri tersebut memberitahu ketika bawa anaknya ke kedai serbaneka tersebut, anaknya tiba-tiba termuntah.

Bimbang muntah itu dipijak oleh orang lain, Fazley terus bertindak mengemop serta membersihkannya sendiri.https://www.instagram.com/p/Bf3fXNqBHJC/

Sumber – Astrogempak

Foto/video : Instagram Fazley Yaakob
Oleh: Syafiqah Jalal