“Memalukan martabat Islam” – Wanita Berhijab Buat Skill Vape Undang Tohmahan Ramai

“Memalukan martabat Islam” – Wanita Berhijab Buat Skill Vape Undang Tohmahan Ramai

Menjadi satu trend di Malaysia beberapa tahun yang lalu kerana kononnya boleh menggantikan tabiat menghisap rokok, confirm ramai yang sedar akan kewujudan vape. Bila dah meluas penggunaannya, muncul pula individu-individu yang boleh buat macam-macam trick guna asap vape ni.

Bagi yang mahir buat pelbagai trick, mestilah dorang nak rakam video dan tunjuk skill untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Tapi malangnya pula, rakaman video itu tersebar pula kepada orang ramai dan menjadi bahan kutukan. Itulah yang berlaku kepada seorang gadis ini yang telah dirakam menunjukkan skill asap vape yang dimilikinya. Fuh bukan main! 

Sumber: Facebook

Walaupun kemahiran yang ditunjukkan tu boleh tahan menarik, tapi gadis tersebut menerima kritikan ramai gara-gara dengan bangganya menghisap vape dan menunjukkan trick asap vape dalam video tersebut. Rata-rata tidak bersetuju dengan kelakuan gadis itu kerana penampilannya yang berhijab.

Menurut mereka, kenapa gadis ni perlu berkelakuan begitu dan membuatkan kaumnya nampak seperti murahan kerana seorang wanita sepatutnya bersikap sopan supaya dipandang manis. Ada juga yang menuduh gadis tersebut memalukan martabat orang Islam dengan menghisap vape.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Tidak lupa juga ada yang sampai berbincang berapakah wang hantaran paling sesuai buat gadis tersebut jika ada yang nak menyuntingnya menjadi isteri. Seorang individu mengatakan bahawa perempuan seperti itu hanya layak menerima 10 sen sahaja sebagai hantaran. Fuh!

“Kalau nak buat bini ni berapa hantaran ni?”

“Sekupang dah la…”

Sumber: Facebook

Pun begitu, ada juga yang masih berfikiran positif dan berpendapat bahawa kita tidak layak untuk menghukum gadis bertudung ini kerana apa yang dilakukannya dan lebih baik video tidak berfaedah ni tidak disebarkan kepada umum.

Sejak kecoh kes pelancaran tudung baru Neelofa baru-baru ini, banyak betul kita dengar cerita-cerita tak elok tentang perempuan bertudung ye. Apa pendapat korang tentang isu-isu macam ni? Share sikit kat ruangan komen.

Tonton video gadis berhijab buat skill vape kat sini:

Video Player

00:00

00:26

Sumber: Facebook