Makan di warung pakai tangan, netizen puji sikap Janna Nick yg ‘humble’ dan sempoi! Tengah Makan Pun Nampak Cantik

Makan di warung pakai tangan, netizen puji sikap Janna Nick yg ‘humble’ dan sempoi! Tengah Makan Pun Nampak Cantik

Pelakon popular, Janna Nick sering menjadi bualan masyarakat kerana beliau merupakan seorang selebriti yang ‘sempoi’ dan friendly.

Pelakon berusia 23 tahun itu sememangnya dikenali antara artis yang sering mengenakan solekan nipis dan tidak malu untuk mendedahkan wajahnya tanpa solekan. Bak kata orang, Janna ni memang natural beauty.

Memegang watak sebagai seorang tomboy dalam drama Coffee Prince pada November lalu, Janna sering berkongsi gambarnya ketika sedang menjamu selera di kedai mamak dengan gaya yang sempoi dan santai.

Berikut adalah gambar Janna Nick ketika sedang makan. Amboi sedapnya!

Jemput makan semua.

 

Amboi… sedapnya char kuey teow basah tu.

 

Alahaiii… Makan pun cantik.

Menurut Janna, beliau lebih selesa dan gemar makan di warung kerana suasana yang terbuka dan santai.

Rata-rata netizen telah memuji sifat humble Janna yang memilih untuk makan di lokasi seperti itu meskipun beliau bergelar seorang artis popular.

sumber