MACAM2! ‘Seluar dalam aku yang kau ambil’ – Wanita trauma pakaian peribadi kena curi

MACAM2! ‘Seluar dalam aku yang kau ambil’ – Wanita trauma pakaian peribadi kena curi

gambar sekadar hiasan

Seorang wanita mengalami trauma apabila melihat seorang lelaki telah mencuri seluar dalam miliknya di sebuah kedai dobi layan diri.
Menurut Nur Liyana Ismail, dia meninggalkan pakaiannya yang sedang dibasuh untuk seketika sebelum menyedari pakaian peribadinya itu hilang dari mesin tersebut.
Curiga dengan kejadian itu, dia meminta izin daripada penjaga kedai dobi untuk melihat rakaman CCTV di situ.
Nur Liyana mendapati seorang lelaki membuka pintu mesin basuh dan mengambil semua seluar dalam miliknya.


Menurut Liyana, selalunya dia membasuh baju di rumah sahaja, tetapi selepas suaminya pulang dari out station selama lima hari dan pakaian terlalu banyak membuatkan dia menghantar semua pakaian ke kedai dobi.
Berikut adalah kenyataan Liyana Ismail tentang kejadian yang menimpa dirinya.
Tido tak lena tak habis pikir kenapa ? Apa motif ? Seluar dalam baju dalam yang kau ambil . Seluar dalam laki aku kenapa tak ambil sekali ? Ya allah tak lepas nak bernafas kalau dipikir2kan . Semoga allah lindungi aku dari segala kejahatan .
Terbukti memang ada org curi . Habis semua seluar dalam sehelai pon dia tak tingal hati2 semua . Pengajaran untuk saya kalini . Sebelum ni basuh kt rumah jer .
Tp semalam balik oustation 5 hari baju laki bini banyak sangat sumbat je dobi tingal sat p makan . Balik2 berterabur baju . Serik dah nak tingal baju kt dobi . Buat pencuri kalau bagi kat mak hang bini hang pakai takpa lah aku halalkan . Jangan lah dibuat perkara bukan2 . Aku serahkan segalanya pada dia .. allahuakbar.



Sumber:richviral