London Isytihar ‘Punish a Muslim Day’, Dapat Perhatian & KECAMAN Seluruh Dunia

London Isytihar ‘Punish a Muslim Day’, Dapat Perhatian & KECAMAN Seluruh Dunia

Sudah banyak pelajar dari negara kita atau negara lain yang berpotensi untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti luar. Setiap tahun pasti akan kita dengar berita tentang pelajar Malaysia yang terpilih dan layak belajar di sana. Soal wang tidak perlu difikirkan kerana kebanyakan mereka mendapat biasiswa daripada pihak tertentu. Namun apa yang merisaukan kita semua adalah tentang keselamatan mereka memandangkan universiti tersebut bukannya daripada negara Islam.

Seperti baru-baru ini, kecoh di Twitter tentang penyebaran sekeping surat tertulis “Punish a Muslim Day”WHAT??! Menurut Mirror, dipercayai propaganda tersebut kini tersebar meluas di London. Sudah terdapat banyak kepingan-kepingan surat yang disebarkan kepada penduduk di sana. Difahamkan, surat itu tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk menganiaya orang Muslim yang ada di sanaAlahai kesiannya…

Sumber: Mirror

Menurut surat tersebut juga, tertulis Punish a Muslim Day yang akan diadakan pada 3 April ini. Ganjaran akan diberi kepada mereka yang melakukan apa-apa perkara tidak elok kepada orang Muslim, antaranya dengan menarik tudung yang dipakai oleh wanita muslim, membuang acid ke arah muka Muslim, memukul, membakar atau bom masjid di sana dan banyak lagiOMG Seriously?! Tak patutnya..

Mirror turut memaklumkan bahawa surat itu kini dijaga rapi oleh pihak tertentu bagi mengelakkan daripada disiasat oleh pihak polis. Kejadian seperti ini jarang sekali berlaku namun pihak atasan di sana meminta agar orang Muslim sentiasa berwaspada dan mereka akan memberikan pertolongan sekiranya perlu.

Sumber: Mirror

Menurut salah seorang penduduk di sana, surat itu diberikan secara rawak dan mula diedarkan sejak semalam.

Berita mengejutkan ini rata-ratanya mendapat perhatian daripada orang ramai, termasuklah mereka di luar negara. Masing-masing menyifatkan bahawa perkara ini sangat tidak masuk akal dan tidak patut dilakukan.

“Punish a Muslim day is the most disgusting. What kind of twisted world do we live in?”

“Yes, they have problems like that over other religion”

“It is so awful!”

Jika betul benda ni akan terjadi nanti, harap semua Muslim yang ada di sana sentiasa berhati-hati….