Ketahui Personaliti Diri Melalui Posisi Tidur Kegemaranmu

Ketahui Personaliti Diri Melalui Posisi Tidur Kegemaranmu

Ketahui Personaliti Diri Melalui Posisi Tidur Kegemaranmu
Posisi Tidur Kegemaran Kamu Sebenarnya Menggambarkan Personaliti Diri Yang Sebenar. Cosmo Senaraikan Posisi Tidur Dengan Personaliti Seseorang. Kamu Selidik Sendiri Adakah Ia Tepat Dengan Kajian Ini?

 

posisi tidur1. Jika kamu gemar tidur mengiring dengan keadaan lutut membengkok, bermakna kamu seorang yang tenang dan boleh diharap. Kamu tidak mudah berasa tersinggung dan berani menghadapi sebarang cabaran. Kamu juga pandai mengawal perasaan dan sentiasa berfikiran positif walau apa jua cabaran mendatang.

2. Posisi tidur seperti bayi, kamu digambarkan sebagai seseorang yang selalu memerlukan perlindungan dan mudah dikasihani orang lain. Dengan menggulung badan kamu, ia menunjukkan kamu akan cuba sedaya upaya untuk keluar daripada masalah. Kamu sebenarnya mempunyai bakat seperti melukis, menari dan menulis blog kerana aktiviti ini dapat meluahkan perasaan bimbang kamu.

3. Jika kamu tidur dalam keadaan meniarap dengan tangan dan kaki terbuka luas, kamu adalah seorang ketua yang bagus! Kamu suka mengambil inisiatif dalam menentukan hidup dan kerjaya kamu. Seorang yang suka merancang sesuatu plan, kamu juga dilihat sebagai seorang yang bertanggungjawab, kunci kepada kejayaan yang kamu kecapi selama ini.

4. Posisi tidur melentang menghadap dinding, kamu seorang yang positif dan sering menjadi perhatian orang ramai. Kamu dikelilingi oleh sekumpulan rakan yang baik kerana kamu suka berterus terang. Kamu yang sukakan posisi tidur ini mempunyai personaliti yang kuat.

5. Jika kamu tidur tegak dengan tangan di sisi, kamu seorang yang mudah dibentuk. Kamu tahu apa yang kamu mahukan dan akan berusaha untuk mencapainya. Tegas dan tidak mudah mengalah, kamu mungkin kadangakala dilihat sebagai seseorang yang pentingkan diri sendiri.

6. Posisi tidur seperti ini dilihat sebagai individu yang sukar dijangka dan mempunyai personaliti yang pelbagai. Mood kamu mudah berubah dan kamu sukar membuat keputusan dalam masa yang singkat. Namun kamu mempunyai kehidupan yang stabil dan kamu sukakan suasana tenang yang tidak dipenuhi dengan manusia.

Foto: Brightside.co