Kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun lumpuh seumur hidup selepas melakukan pergerakan yoga di kelas tarian yang tidak berlesen di China

Kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun lumpuh seumur hidup selepas melakukan pergerakan yoga di kelas tarian yang tidak berlesen di China

Rakaman CCTV merakamkan saat yang mengerikan seorang kanak-kanak berusia empat tahun lumpuh seumur hidup selepas melakukan pergerakan yoga di sebuah studio tarian yang tidak berlesen.

Klip itu menunjukkan kanak-kanak tersebut, bernama Xiao Bao, melakukan pergerakan ‘back bridge‘ bersama puluhan kanak-kanak lain dan dia kelihatan tiba-tiba dia kehilangan imbangan dan terjatuh.

Bao dilaporkan mengikuti pengajian tarian di Zhengzhou, di Wilayah Henan, China semasa insiden ngeri itu berlaku.

Gadis itu terpaksa dibawa ke hospital selepas insiden itu yang menyebabkan kakinya tidak berasa apa-apa. Ketua doktor bedah saraf Zhengzhou, Doktor Qi Lin, berkata tulang belakangnya tidak patah tetapi mungkin rosak teruk kerana cuba melakukan gerakan yang sukar.

Bercakap kepada media tempatan, Doktor Qi berkata kanak-kanak itu mungkin mengalami ‘spinal contusion‘.

Rakaman daripada kelas tarian itu menunjukkan Bao dan puluhan kanak-kanak lain diminta untuk melakukan pergerakan yoga ‘back bridge‘ sebagai sebahagian daripada peregangan dan pemanasan sebelum memulakan sesi latihan tarian.

Tetapi kanak-kanak itu tersandung pada tikar, tercedera dan tidak dapat bangun semula.

“Ia tidak kelihatan mempunyai harapan untuk pulih,” kata Doktor Qi, sambil menambah: “Bahagian bawah tubuh badannya mempunyai peluang yang besar untuk lumpuh seumur hidup.”

Menurut laporan, ibu dan bapa Bao mendapati guru tarian swasta tersebut tidak mempunyai apa-apa jenis sijil untuk beroperasi – mereka tidak cukup profesional untuk mengajar kanak-kanak seperti langkah-langkah berbahaya.

Mereka tidak mendedahkan sama ada telah melaporkan kes tersebut kepada polis. Bapa gadis itu berkata pemilik kelas tarian berkenaan telah menawarkan lebih dari RM6,100 tetapi difahamikan bahawa pemilik kelas berkenaan akan meningkatkan jumlah tawaran.

Tonton video insiden berkenaan di bawah: