Jumpa Kanak² Perempuan Ini Bermain Di Jalanraya. Apa Yg Jadi Selepas Itu MENYEDIHKAN.

Jumpa Kanak² Perempuan Ini Bermain Di Jalanraya. Apa Yg Jadi Selepas Itu MENYEDIHKAN.

Jumpa Kanak² Perempuan Ini Bermain Di Jalanraya. Apa Yg Jadi Selepas Itu MENYEDIHKAN. | Beberapa Seminggu yang lepas kecoh apabila tersebarnya beberapa foto seorang kanak-kanak yang masih merangkak dilihat cuba menyeberangi jalan di hadapan rumah.

 

 

Terkejut melihat situasi itu, beberapa orang awam telah menyelamatkan anak kecil tersebut dan membawanya pulang ke rumah.

 

 

Lebih mengejutkan, rupa-rupanya ibu bapa budak kecil itu tertidur dan tidak sedar anak mereka keluar bersendirian.

 

Namun begitu, semalam tular juga sebuah kisah yang lebih kurang sama tetapu dengan pengakhiran yang agak menyedihkan.

 

Netizen bernama Farisha Fazli telah berkongsi pengalamannya di Facebook apabila ternampak seorang budak perempuan dalam lingkungan dua ke tiga tahun sedang bermain seorang diri di tepi jalan besar.

 

“Sampai di lokasi, ternampak seorang budak perempuan (yang pakai baju pink) sebaya anak saya, Iman berumur dua ke tiga tahun. Cakap pun tak jelas lagi. Bermain seorang diri di tepi jalan besar.

 

Saya ulang, tepi jalan besar waktu orang balik kerja. Kereta tengah banyak dan jalan tengah sibuk,” kata Farisha.

 

Apa yang lebih mengejutkan, budak kecil itu bermain tanpa pengawasan orang tuanya dan tiada sesiapapun yang berhenti untuk membantu.

 

Bimbang kanak-kanak tersebut dilanggar kereta, Farisha yang menunggang motor telah berpatah balik dan mengajak anak kecil berkenaan pulang.

 

“Dengan helmet ala-ala tokki yang saya pakai tu, saya ajak budak tu balik. Tanya rumah kat mana, dia tak reti nak sampaikan mesej dia. Mujur dia pandai tunjuk jalan balik rumah.

 

“Dengan kereta mainan dia, kami ikut belakang. Diri ini darah dah menggelegak. Rasa nak tampar-tampar je kalau jumpa mak dia. Dari tepi jalan besar sampai rumah dia adalah 20 ke 30 meter. Ya Allah jauhnya budak ni terlepas.”

 

 

Semasa dalam perjalanan ke rumah budak kecil itu, mereka bertembung dengan seorang makcik cleaner yang mengakui sudah dua kali budak ini terlepas ke jalan besar. Ya Tuhan!

 

Namun ketika mereka tiba di rumah, tiada orang yang menjawab salam dan pintu rumah juga dalam keadaan yang tidak berkunci.

 

Hanya ada seorang adik kecil di dalam walker dalam jangkaan usia lapan ke 10 bulan sedang menangis kelaparan di tepi pintu.

 

 

Pada saat itu, Farisha terasa sebak melihat keadaan keluarga mereka. Tiada orang lain yang berada di rumah selain bayi tersebut yang juga lampinnya sudah penuh dengan isi.

 

Malah mereka juga tidak tahu ke mana ibu kepada anak-anak ini pergi.

 

“Tapi makcik cleaner ikut, dia tahu ada kakak sulung seorang duduk kat kedai luar. Dia panggil kakak budak ni.

 

Rupanya dah tingkatan satu, tapi pergi sekolah on off sebab ibunya kerja siang tak ada orang jaga adik-adik kecil dua orang tu. Dia terpaksa duduk rumah jaga adik-adik,” katanya.

 

 

Namun setelah diselidik, rupa-rupanya ayah mereka baru sahaja meninggal dunia dan tiga orang anak ini merupakan anak yatim. Farisha yang sedih dengan situasi tersebut berpesan kepada si kakak untuk menjaga adiknya baik-baik.

 

“Jiran keluarga ini rumah besar dua tingkat. Mana pergi sifat belas kasihan? Mana pergi sifat kemanusiaan?

 

“Saya bukan nak bagitahu yang kami tolong orang. Saya hanya nak bagitahu, kalau kita rasa kita susah ada lagi yang jauh susah daripada kita. Bantu sedikit pun tak apa. Tak ruginya kita,” kata Farisha di akhir entri.

 

Kasihan dengan nasib keluarga budak kecil itu. Semoga pihak yang prihatin tampil membantu ibu tunggal dan anak yatim dalam kesusahan ini…

 

Sumber : Facebook