Inilah Biodata Neera Azizi,Gadis Cantik Yang Pernah Buat Rakyat Malaysia Kemurungan Dengan Nyanyian Viralnya 

Inilah Biodata Neera Azizi,Gadis Cantik Yang Pernah Buat Rakyat Malaysia Kemurungan Dengan Nyanyian Viralnya

Inilah Biodata Neera Azizi,Gadis Cantik Yang Pernah Buat Rakyat Malaysia Kemurungan Dengan Nyanyian Viralnya

Semalam viral di media sosial, video seorang artis yang dijemput menyanyi live di satu rancangan televisyen. Video itu mendapat pelbagai respon dari netizen yang rata-ratanya menganggap artis itu tidak sepatutnya menyanyi. Siapa dia sebenarnya?

Pemilik suara itu sebenarnya merupakan seorang pelakon baru, Neera Azizi yang membintangi Drama Sayangku Kapten Mukhriz dan Patahku Sebelah Sayap. Tak sangka rupanya pandai
menyanyi juga!

Menerusi satu rancangan di TV, dia menjadi tetamu jemputan untuk mempromosikan album terbarunya. Namun ada netizen mengatakan dia sepatutnya menyanyikan dua buah lagu, namun hanya satu lagu sempat dinyanyikan kerana kesuntukan masa. Betul ke?

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 800,000 kali oleh pelayar internet. Kebanyakan komen mengkritik nyanyian Nera yang disifatkan sebagai sumbang.

SIAPAKAH NEERA AZIZI INI?


Memulakan karier seninya setahun yang lalu, Neera Azizi semakin panas dan mekar mewangi dikalangan peminat seni hiburan tanah air.
Namanya menjadi siulan netizen sejak drama bersiri lakonannya berjudul Sayangku Kapten Muhkriz yang ditayang di TV3 satu ketika dahulu.
Sejak itu, kerjaya anak jati Kuantan Pahang ini semakin berkembang serta menjadi rebutan para penerbit dan pengarah tempatan hari ini.

Terkini, aktres cun melecun ini muncul dengan drama bersiri terbaharunya iaitu Miss Kapten Cikgu Waiz yang ditayangkan menerusi slot Lestary di TV3 mulai 21 Julai 2017 lalu.
Drama berkenaan turut dijayakan oleh Erwin Dawson, Sazrin Aizul, Amir Nafis dan Daniella Sya.
Jom kita berkenalan dengan pelakon berbakat besar yang kini berusia 19 tahun ini.

Biodata Ringkas Neera Azizi
Nama Penuh: Nurazneera Azizi
Nama Komersil: Neera Azizi
Tarikh Lahir: 11 Julai 1998
Umur: 19 Tahun (2017)
Asal: Kuantan, Pahang
Adik Beradik: Anak bongsu daripada dua beradik

Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Pelakon
Drama/Telefilem: Miss Kapten Cikgu Waiz, Sayangku Kapten Muhkriz, Patahnya Sebelah Sayap, Bayangan Emilia, Musafir Lalu, Cik Celah Bedah, Ainul Mardhiah, Cinta Tangkap Muat, Cik Sayur Encik Seafood, Sedingin Cinta Antasya dan banyak lagi.

Laman Sosial Neera Azizi
Facebook: www.facebook.com/neeraaziziofficial
Twitter: www.twitter.com/ninineeraa
Instagram: www.instagram.com/neeraazizi

Trivia Menarik Neera Azizi
1. Cik Sayur Encik Seafood merupakan telemovie sulungnya dan memperkenalkan dirinya sebagai anak wayang di industri seni hiburan tanah air.
2. Merupakan seorang cat lovers dimana membela lebih lima ekor kucing dirumah. Antara nama kucing peliharaannya adalah Shiro, Mika, Cinta, Loki dan Nomi.
3. Seorang yang kidal.

4. Aktif di dalam sukan boling sejak dibangku sekolah lagi. Neera pernah mewakili Pahang di Kejohanan Majlis Sukan-Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) sejak di darjah lima.
5. Nama kelab peminatnya adalah Neeravengers.
6. Pernah membintangi video muzik untuk Dato Siti Nurhaliza berjudul Menatap Dalam Mimpi dan Izzmad Harun (Bulan Terang).
7. Mempunyai seorang kakak yang cantik molek sepertinya bernama Zeera Azizi.

8. Mengimpikan untuk memegang watak watak spiko di masa depan untuk mempelbagaikan kebolehannya dalam lakonan.
9. Menyimpan impian untuk berlakon bersama Aaron Aziz dan Hisyam Hamid.
10. Mempunyai lebih 70,000 pengikut di Instagram miliknya.

SUMBER : Encik Shino dot Com via gedebakviral.com

Sumber : sayangawak.com