Ini Sebab Kenapa Aishah Juara Gegar Vaganza 4 Dimasukkan Ke Hospital, Memang Sakit Dia Kena Tanggung .. Moga Dipermudahkan

Ini Sebab Kenapa Aishah Juara Gegar Vaganza 4 Dimasukkan Ke Hospital, Memang Sakit Dia Kena Tanggung .. Moga Dipermudahkan

GARA-GARA pertambahan berat badan yang membimbangkan, Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah memilih menjalani pembedahan Bariatric Surgery atau pintasan gastrik.

Menurut Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 52, tujuan pembedahan tersebut bukanlah untuk kelihatan cantik dan kurus semata-mata, sebaliknya bagi mengatasi masalah gastrik dan sakit kaki berpunca daripada berat badan.

“Berat badan berlebihan membuatkan kaki tak mampu menampung beban dan kerana itulah saya memilih membuat pembedahan ini. Selepas balik dari trip ke Eropah baru-baru ini saya terfikir untuk buat pembedahan kerana kaki tak tahan sakit.
Aishah menderita sakit kaki akibat berat badan berlebihan.
“Sebenarnya sakit kaki ini sudah lama saya hadapi dan setelah dicadangkan oleh seorang teman, saya rasa perlu buat pembedahan ini.

“Ini bukan fasal nak kurus cantik sahaja tapi sebab utama adalah masalah sakit kaki dan susah nak buat aktiviti harian,” katanya.

Aishah menjelaskan tentang perkara tersebut menerusi siaran langsung di laman Instagram miliknya pada Khamis.

 

Aishah membuat keputusan menjalani pembedahan ini setelah pulang daripada percutian di Eropah.

Penyanyi lagu Janji Manismu ini menjalani pembedahan tersebut di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur pada Rabu.

Selain untuk mengawal berat badan, Aishah berkata pembedahan ini juga bertujuan untuk merawat penyakit gastrik yang dihadapinya.

“Saya ada masalah gastrik dan selalu lapar nak makan. Selepas pembedahan ni dah tak ada rasa lapar dan masalah sakit perut sudah tiada.

Masalah gastrik lebih baik selepas pembedahan.

“Harapan saya pembedahan ini dapat membantu mengelakkan sebarang penyakit dalaman dan saya boleh menjalani kehidupan lebih baik.

“Lebih baik saya cegah daripada sekarang, tak nak nanti ada penyakit bahaya datang dan menyusahkan orang lain pula,” katanya yang menjalani pembedahan tersebut setelah menerima nasihat pakar.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Artikel Seterusnya ..
“Pandai-Pandai Guna Gambar Orang” – Aishah

JUARA Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah bengang apabila mengetahui ada syarikat makanan tambahan menggunakan nama dan wajahnya dalam mempromosikan produk mereka.

Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin berkata dia terkilan dengan tindakan syarikat tersebut yang tidak mendapatkan keizinannya terlebih dahulu.

“Ini bukan kes salah faham tapi kes pandai-pandai gunakan gambar orang lain tanpa izin untuk promosi produk kamu.

“Kalau peminat tak bagi tahu, senang-senang saja kamu gunakan gambar untuk melakukan (jual) produk itu,” tulisnya di laman Instagram.

 

Aishah memuat naik status tersebut di laman Instagram miliknya.

Semalam, penyanyi berusia 52 tahun ini memuat naik status berang dengan tindakan sebuah produk makanan tambahan yang menggunakan wajahnya dalam iklan di laman sosial.

Dalam pada itu, Aishah memaklumkan jika mahu melantik seseorang selebriti menjadi duta produk, mereka perlulah menyediakan kontrak yang sah.

Penyanyi lagu Janji Manismu ini berkata, tindakan memberikan produk percubaan bukanlah tanda mereka sah menjadi duta kepada jenama itu.

Aishah mahu membetulkan keadaan supaya tiada pengguna yang tertipu.

“Orang kalau nak jadikan seseorang duta ke apa ke semua kena ada kontrak yang diiktiraf.

“Bukan hanya sekadar hantar produk sekotak dua sahaja,” katanya.

Sementara itu, Aishah mengakui terkejut apabila diberitahu oleh peminat bahawa wajahnya digunakan sebagai testimoni.

uara GV4, Aishah (tengah) bersama Liza Hanim (tempat kedua) dan Lan (ketiga) ketika final GV4 pada 17 Disember lalu.

Malah, dia juga berasakan perlu untuk membetulkan keadaan supaya tiada yang tertipu dengan produk menggunakan namanya tanpa kebenaran.

“Rupanya merata gambar testimoni saya ini. Korang suka-suka saja jaja nama saya buat testimoni palsu, dengarnya dari masa saya menang GV4. Ini kesalahan serius!.

“Ini bukan fasal nafsu amarah, ini tindakan yang sepatutnya dibuat untuk membetulkan testimoni menipu tu.

“Hampir sebulan iklan dimuat naik oleh entah berapa orang penjual. Memaafkan itu satu benda lain, tapi membetulkan info itu juga penting,” tegasnya.

SUMBER : MSTAR ONLINE