[Info] 3 Faktor Utama Yang Menyebabkan Bayi Sumbing Bibir & Lelangit. Khas Untuk Para Ibu. SHARE !

[Info] 3 Faktor Utama Yang Menyebabkan Bayi Sumbing Bibir & Lelangit. Khas Untuk Para Ibu. SHARE !

Bibir terbentuk pada minggu ke 4 dan minggu ke 7 kehamilan.
Untuk para ibu di luar sana, banyak perkara yang mungkin akan menimpa bayi anda ketika masih dalam kandungan lebih-lebih lagi jika anda tidak menjaga kandungan dengan baik.

Seperti yang kita tahu, keadaan bayi di dalam kandungan adalah bergantung kepada persekitaran, pemakanan dan juga ubat-ubatan yang diambil ketika sedang hamil.
Salah satu perkara yang akan berlaku kepada bayi dalam kandungan adalah sumbing mulut dan lelangit.
Adakah anda tahu tentang faktor yang menyebabkan perkara itu berlaku kepada bayi anda?
Baca perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Eizat di laman Twitter miliknya tentang faktor mendapat anak sumbing mulut dan lelangit:

Bibir bayi akan mula terbentuk pada minggu ke 4 dan minggu ke 7 kehamilan


Bayi yang mempunyai masalah seperti ini akan menghadapi masalah pertuturan, masalah untuk makan, masalah pada gigi dan juga jangkitan pada telinga

Merokok, kencing manis dan pengambilan ubat-ubatan ketika hamil adalah faktor utama yang menyebabkan ibu mendapat anak yang sumbing mulut dan lelangit
Biasanya, sumbing bibir boleh dikenalpasti ketika ujian scan masa mengandung. Manakala sumbing lelangit mudah dikenalpasti ketika bayi dilahirkan.

Jadi, untuk para ibu di luar sana anda disarankan untuk lebih berhati-hati ketika hamil. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada bayi ketika di dalam kandungan.
Jangan pula terlalu percaya kepada perkara mitos yang mengarut ya!
Sumber : http://says.com/my/seismik/ini-3-faktor-utama-yang-menyebabkan-bayi-sumbing-bibir-lelangit-khas-untuk-para-ib