Hukuman Datin Dera Amah Tak Setimpal? Ini 5 KES Yang Terima Hukuman Tak ADIL! Curi Lighter Pun Kena Sampai 20 Tahun!

Hukuman Datin Dera Amah Tak Setimpal? Ini 5 KES Yang Terima Hukuman Tak ADIL! Curi Lighter Pun Kena Sampai 20 Tahun!

Kadang-kadang kita pun susah nak faham undang-undang negara kita. Sebab kadang ada kes yang macam kecik tapi diberi hukuman berat dan kes yang berat dikenakan hukuman yang tak setimpal.

Contohnya pasal kes Datin dera amah sampai dah nak mati tu tapi dia cuma terikat selama lima tahun dengan bon berkelakuan baik RM20,000. What? Kalau korang rasa ni tak setimpal, ini ada 5 kes lain yang terima hukuman tak adil kerana dianggap a bit too much berbanding kesalahan yang dilakukan.

 

1. Curi pemetik api – Penjara 20 tahun

Pada Februari lepas, seorang mekanik dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan dikenakan denda sebab mencuri 9 pemetik api dekat KK Supermart dekat Lorong Pandan, Melaka. Menurut Harian Metro, tertuduh, Mohd Fitri Mohd Hatta, 31, minta dikurangkan jaminan yang pada awalnya RM20,000 dengan alasan perlu supportibu warga emas dan bapa berstatus OKU.

Sumber: Harian Metro

Akta: Seksyen 412 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

 

2. Memiliki gunting di tempat awam – Penjara 4 bulan

Kes ni jadi time 2011, bila Mahkamah Majistret jatuhkan hukuman penjara empat bulan ke atas pesalah sebab memiliki gunting yang diubah suai di tempat awam. Menurut mStar, Roslan Abdul, 31, ditahan polis sebab dorang jumpa senjata tu dalam beg sandang hitam dia yang dibawa dekat kawasan Pasar Tanjung dekat Tawau, Sabah.

Akta: Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

 

3. Bunuh perogol untuk mempertahankan diri – Penjara 2 tahun

Kes tahun 2010 ni jadi bualan kot time tu. Ramai yang mempersoalkan undang-undang negara sebab sorang wanita bunuh perogol yang nak rogol dia. Kira nak pertahankan dirilah kan. Tapi last-last, dia yang dikenakan hukuman penjara dua tahun. Menurut Kosmo!, S. Kalaichelvi, 24, dijatuhkan hukuman tu kerana sebabkan kematian M. Kumaran, 29, dengan menetak perogol dengan parang dekat Manjung, Perak dan buang mayat mangsa kat kawasan pembentung air.

Sumber: Blog

Akta: Seksyen 304A kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian yang membawa hukuman maksima dua tahun dipenjara atau denda atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.

 

4. Ugut bunuh adik – Penjara 5 Bulan

Kita kadang-kadang biasalah kan gurau-gurau kasar dengan adik beradik, cakap itu ini sampai tak pikir benda yang keluar dari mulut ni. Bahaya tau ugut-ugut ni. Lagi-lagi kalau korang ugut bunuh. Menurut MMO, Mohd Zanayudin Ismail dikenakan hukuman penjara lima bulan sebab ugut bunuh adik tiri bila ditegur ambil makanan tanpa kebenaran dekat Kota Bharu, Kelantan bulan Februari lepas. Sebab ugut bunuh, kenalah masuk penjara lima tahun.

Akta: Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau keduanya, jika sabit kesalahan.

 

5. Curi mentos – Penjara 3 bulan

Tak sangka curi gula-gula pun boleh masuk penjara. Masa 2014, seorang penganggur dikenakan hukuman penjara sebab curi gula-gula mentos dari pasar raya. Menurut mStar, Mohd Zaki Abdul Arif, 33, dah curi dua kotak gula-gula Chewy Dragees Mentos harga RM67.20 dekat KK Supermart, Jalan Dang Wangi. Masa kena tuduhan tu, dia minta kurang hukuman sebab kena jaga mak ayah yang dah tua.

Akta: Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Kita yang tak tahu menahu selok belok undang-undang memang lah rasa pelik dan tak adil dengan undang-undang ni. Tapi maybe ada reason disebalik yang kita tak tahu. Kita pun takde lah baca-baca buku law ke apa kan.

Penting sebenarnya untuk kita ambil tahu hal macam ni.

sumber lobakmerah