“Hidup tak selalunya indah…” – Dulu Gaji Beribu, Kini Jadi Tukang Potong Rumput..Kisah Nasib Beliau Buat Netizen Sayu & Pengajaran Untuk Semua

“Hidup tak selalunya indah…” – Dulu Gaji Beribu, Kini Jadi Tukang Potong Rumput..Kisah Nasib Beliau Buat Netizen Sayu & Pengajaran Untuk Semua

Hidup kita tak selalunya indah, kadang kala diselitkan ujian untuk melengkapkan kehidupan seharian kita. Jangan sangka hidup kita sekarang mewah dengan segalanya, kelak tidak boleh berubah. Kata-kata ini sangat sesuai sekali dengan nasib seorang bekas salesman berjaya, yang kemudiannya menjadi tukang potong rumput dek kerana sikap pelanggan yang mementingkan diri sendiri.

Kisah ini terjadi kepada sahabat lelaki ini, Mohd Firdaus menerusi laman Facebooknya. Kisah ini telah dikongsikan olehnya sebagai satu pengajaran buat kita semua.

“Ini sahabat saya, dulu bekerja sebagai seorang salesman di sebuah syarikat”

Menurut Firdaus, dulu sahabatnya itu hidup dalam keadaan yang mewah. Jualan yang beliau hasilkan untuk sebulan sahaja sudah menjangkau ratusan ribu. Namun segalanya punah selepas dia tertipu dengan pelanggannya.

Customer tipu buat hutang sikit-sikit, then bila dah accumulate ratus ribu, customer blah”

Gambar hiasan

Difahamkan, dia dan dua orang managernya dibuang kerja atas kecuaian ini. Tetapi dia tidak berputus asa. Dia masih mencuba untuk membuat bisnes baru, tetapi masalah yang sama berulang kali. Dia ditipu pelanggan buat kali yang kedua. Katanya, pelanggan itu mengambil barang daripadanya, tetapi tidak dibayar.

Kemudian dia cuba untuk membuka bisnes secara kecil-kecilan, namun tidak berjaya. Sepanjang tempoh itu, banyak kali dia mengalami kesempitan wang.

“Bila berjumpa saya, saya memang tak bagi pinjam duit. Sebab saya tahu kalau pinjam duit, bukan dia mampu nak bayar nanti. So saya bagi zakat sahaja untuk dia belanja makan anak-anak dia 4 orang”

Firdaus turut memberitahu bahawa sahabatnya itu ada datang ke rumahnya baru-baru ini untuk meminta kerja. Tetapi dek kerana tempat kerja itu terlalu jauh, terpaksa dia ketepikan hasratnya memandangkan dia perlu membantu isterinya menguruskan anak-anak, ditambah pula isterinya itu tidak bekerja.

“Kesian kot, tengok kawan yang sama-sama kita dulu, satu ketika dulu bergaji RM4-5k sebulan, tiba-tiba Allah uji macam ni”

Gambar hiasan

Dan pada minggu lepas, sahabatnya datang lagi ke rumahnya untuk memaklumkan bahawa kini dia bekerja dengan seorang kontraktor, kerja mencuci longkangkawasan rumahnya. Gajinya hanya RM800 sebulan. Firdaus agak terkejut dengan jumlah gajinya, namun bagi sahabatnya,

“Firdaus, ini bukan soal malu. Ini bukan soal maruah, ini bukan soal kotor. Ini soal hidup. Anak bini aku dah tak ada makanan, aku terpaksa kerja. Kerja kotor pun aku kena buat. Mungkin Allah nak uji aku sekarang”

Tidak lama selepas itu, sahabatnya menanyakan sekiranya ada apa-apa kerja yang dia boleh lakukan,

“Ok lah, mesin rumput rumah aku,” kata Firdaus.

“Boleh tak advance duit kau aku dulu, aku nak beli beras dan barang dapur rumah aku ni. Duit dah tak ada,” pinta sahabatnya.

Dalam perkongsiannya itu, dia juga meminta orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan kewangan kita. Bila berniaga, elakkan beri terlalu banyak hutang kepada pelanggan, kerana susah untuk berjumpa dengan orang yang jujur dalam segala hal zaman sekarang. Orang sekarang hanya manis di mulut. Dia turut meminta orang ramai untuk bersama-sama membantu sahabatnya walaupun hanya sejumlah wang yang sedikit.

Hmm.. Disebabkan orang lain, kita yang kena tempiasnya. Harap bro tu sentiasa bersabar dan dimurahkan rezeki selalu..

sumber lobakmerah