Gadis Jepun Ini Siar Gambar ‘Tinggal Tulang’ Di Media Sosial Mendedahkan Penderaan Yang Pernah Beliau Alami! Anda Pasti Terkejut Dengan Perubahannya Sekarang!

Gadis Jepun Ini Siar Gambar ‘Tinggal Tulang’ Di Media Sosial Mendedahkan Penderaan Yang Pernah Beliau Alami! Anda Pasti Terkejut Dengan Perubahannya Sekarang!

SEORANG wanita di Jepun yang menderita didera datuknya akhirnya mengambil langkah berani dengan menyiarkan gambar kurus kering dirinya di media sosial.

Wanita Jepun itu yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai ‘Wild Cabbage’ di Twitter berkata 10 tahun lalu dia tinggal dengan datuknya dan sering dibiarkan kebuluran.

-fotoAsiaWire

Wanita dari Kyoto itu dalam tweetnya mendakwa dia dilarang makan oleh datuknya, yang akan ‘menendang perut saya’ jika ditangkap sedang makan secara rahsia.

Dia kemudiannya akan meludah atau memuntahkan makanan tersebut, menurut laporan, menyebabkan berat badannya turun kepada 16.7kg.

-fotoAsiaWire

Gambar-gambar selfie yang diambil di depan cermin di rumahnya sedekad lalu menunjukkan foto luar biasa seorang perempuan yang hanya tinggal kulit dan tulang.

Dalam posting di media sosialnya, dia menggesa mereka yang menderita kerana penyalahgunaan atau mengalami gangguan makan tidak membiarkannya berlanjutan dengan menyatakan mereka harus ‘meminta bantuan sebelum terlambat’.

Wanita yang hanya dikenali ‘Wild Cabbage’ (kiri) akhirnya pulih selepas diselamatkan. -fotoAsiaWire

Nasibnya baik kerana dia yang kini berusia 20-an akhirnya pulih, dengan pakar memberitahu dia, ketika diselamatkan berada ’10 minit dari kematian’.

Dia tidak mendedahkan apa yang berlaku kepada datuknya atau sama ada terdapat saudara-mara lain yang membantunya pada masa itu.

 

 

Sumber: mstar

 

Mahu Perbaiki Diri, Neelofa Cadang Buka Pusat Tahfiz

MAHU fokus memperbaiki akidah dan akhlaknya sebagai seorang Muslim, siapa sangka wanita semuda ini memasang hasrat untuk menyumbang semula kepada umat Islam yang lain agar kehidupan mereka juga terbela.

Usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa yang telah menyimpan hasrat untuk membuka pusat pengajian Al-Quran satu hari nanti.

“Saya pasti, ibu dan bapa saya juga mempunyai impian sama. Saya juga dari dahulu memang sudah merancang sedikit demi sedikit untuk merealisasikan hasrat itu,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Bagaimanapun, usahawan berjaya itu terlebih dahulu mahu memeperbaiki dirinya sebelum melaksanakan hasrat yang sudah lama tersimpan itu.

“Tapi biasalah, saya mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sebelum saya menunaikan impian itu. Doakan saya semoga urusan itu dipermudah,”tambahnya lagi.

Dalam perkembangan baharu, Neelofa, 28, yang popular menerusi drama berantai Suri Hati Mr. Pilot itu mahu memberi lebih fokus kepada perniagaan tudung Naelofar Hijab serta komitmennya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia.

Walaupun semakin sibuk dengan urusan perniagaan dan jawatan yang baru disandangnya itu, wanita kelahiran negeri Kelantan itu masih akan meneruskan lagi aktiviti seninya.

“Tahun ini fokus perniagaan dan bidang seni mcm biasa. Saya ada tanggungjawab di Air Asia dan perancangan untuk perniaagn Neelofa hijab 2018 yang memerlukan komitmen yang tinggi,”ujarnya.

Tambahnya juga, dia turut tidak akan menolak jika ada mana-mana tawaran yang datang agar dapat menambah pengalaman dan mengasah lagi bakatnya sebagai penggiat seni. – MYNEWSHUB.CC/AH