“Dulu Suri Rumah, Kini Jadi Bos!” – Bakal Lancarkan Produk Kecantikan, Madu Izreen Azmin

“Dulu Suri Rumah, Kini Jadi Bos!” – Bakal Lancarkan Produk Kecantikan, Madu Izreen Azmin

Bekas Madu kepada pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Saleh memberitahu bahawa dia sudah menerima hakikat dan harus tabah untuk hidup sebagai ibu tunggal kepada dua anak lelakinya.

Intan yang dahulunya seorang suri rumah sepenuh masa mula meneroka bidang perniagaan dan menjual beberapa barangan secara talian.

“Sebelum ini, memang saya tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Kini, saya harus bermula dari kosong.

Begitupun saya ada juga membuat perniagaan kecil-kecilan dalam talian, dengan menjual minyak wangi dan jamu. Insya-Allah, bulan ini saya akan lancarkan produk penjagaan bibir pula,” katanya.

Bukan itu sahaja, apa yang menarik wanita berusia 32 tahun ini mahu melangkah ke dunia pengiklanan.

“Selepas ini, memang saya kena berdikari. Saya juga akan mencuba nasib mengikuti uji bakat untuk berlakon iklan,”tambahnya lagi.

Dahulu Intan ada memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai pengangkutan dan terpaksa bergantung kepada kakak dan anak saudaranya untuk bergerak.

Pada 28 Februari lalu, Ude dan Intan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi urusan lafaz cerai selepas pemuzik memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan pada 30 November 2017.

Sumber : kisahdunia.com