Bapa Elfira Loy Bengang Dengan Sufian Suhaimi. Ini Amaran KERAS Beliau!

Bapa Elfira Loy Bengang Dengan Sufian Suhaimi. Ini Amaran KERAS Beliau!

Nampaknya isu putus tunang antara penyanyi muda Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy seolah-olah tidak menemui noktahnya. Namun begitu, meskipun sudah tidak lagi bergelar tunang pada pasangan masing-masing, kedua-duanya mengambil keputusan untuk berkawan baik.

Semalam, beritasteady.net ada memaparkan artikel di mana Sufian memberi ucapan Selamat Hari Lahir kepada Elfira, menerusi laman Twitter nya turut ucapkan Selamat Hari Lahir. Kerana tindakan ini ada netizen yang menganggap Sufian seperti belum Moveon. Selain itu, sejak kebelakangan ini terlalu banyak isu yang mengaitkan hal putus tunang ini datang dari Sufian.
Bapa Elfira Loy Bengang?
Menurut laporan dari BH Online, Ahmad Sabri Ariffin, iaitu bapa Elfira Loy, mahu Sufian berhenti mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi putus tunang bagi menjaga hati semua pihak.

“Sejak cincin tunang dipulangkan kepada keluarga Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu, saya fikir, hal ini tidak akan berpanjangan.

Kredit Foto: BH Online

“Malah, bapa saudara yang mewakili keluarga Sufian ketika itu pun berharap tak perlu diperbesar dan dipanjangkan lagi isu putus tunang ini.

“Namun, perkara di sebaliknya terjadi. Saya lihat Sufian terus bercerita dan anak saya, hanya beberapa kali memberi kenyataan. Saya fikir, kenapa dia perlu ‘main’ lagi isu itu?

“Anak saya juga tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu. Bagi saya, ayah atau bapa saudara Sufian elok menasihatinya supaya tidak memanjangkan perkara itu… Benda ini sudah tamat,” katanya kepada BH Online

Spekulasi dan Khabar Angin Jadi Tular
Sebelum ini Sufian menolak khabar angin mengatakan hantaran tinggi diminta keluarga bekas tunangnya itu adalah sebab mereka tidak melanjutkan hubungan ke fasa seterusnya. Menurunya tiada nilai hantaran ditetapkan keluarga bekas tunangnya itu, bagaimanapun, ibu Elfira ada mensyaratkan dia mesti hafal surah al-Mulk dan menabung.

Selain itu, ada juga peminat yang membuat spekulasi bahawa jejaka bernama Asyraff Mazlanmerupakan punca ikatan pertunangannya ini putus. Namun,  Elfira Loy menafikan dakwaan ini sekeras-kerasnya. Menurut Elfira, Asyraff tidak mempunyai kaitan langsung dengan kisah peribadinya.

 

Kredit; Hangat.com