Anak Muda Cipta Semula Treler Avengers: Infinity War, Pengarah Filem Gelar Mereka Genius! Siap Offer Masuk Avengers 5 Kot

Anak Muda Cipta Semula Treler Avengers: Infinity War, Pengarah Filem Gelar Mereka Genius! Siap Offer Masuk Avengers 5 Kot..

Majoriti daripada kita tentunya sudah pun menonton treler filem ‘Avengers: Infinity War’ yang akan ditayangkan pada April nanti

1377Image via lacomikeria.com

Filem yang dinanti-nantikan hasil daripada Marvel Studios ini sedia menggegarkan pawagam di seluruh dunia pada bulan depan termasuk Malaysia. Masing-masing sudah tidak sabar untuk melihat sendiri kehebatan filem yang penuh aksi ini.
Filem ‘Avengers: Infinity War’ juga merupakan filem Marvel pertama yang membariskan lebih daripada 20 watak adiwira kegemaran orang ramai dalam satu filem. Confirm akan meletup!

Demam Avengers sudah mula terasa dan merebak pantas! Malah, terdapat sekumpulan anak muda tempatan yang menjadikan “wabak” ini sebagai pencetus kreativiti.

Seorang remaja, Aiman Sany melalui Twitter @awesomerawks telah memuat naik sebuah video treler ‘Avengers: Infinity War’ yang dihasilkan secara DIY oleh beliau dan rakan-rakan.

3be7Image via Twitter @awesomerawks

Dalam video berkenaan, sekumpulan remaja ini memimik kembali treler Avengers dengan hanya menggunakan alatan rumah seperti pinggan sebagai shield, batang penyapu dan payung sebagai senjata, jag air sebagai ‘tesseract’, klip baju sebagai ‘infinity stones’, dan macam-macam lagi. Memang kreatif! Dalam masa kurang 2 hari, video tersebut telah mendapat lebih daripada 42,000 retweets dan 66,000 likes!

F4e5

Dalam posting tersebut, Aiman menulis, “Who did it better?”. Bagi menjawab soalan ini, anda perlu tonton sendiri di bawah:

Bersedia untuk gelak terbahak-bahak!

Aiman Sany@awesomerawks

Who did it better? @MarvelStudios

7:48 AM – Mar 18, 2018

83.3K

56.7K people are talking about this

Twitter Ads info and privacy

Siapa sangka kreativiti mereka mendapat perhatian seluruh dunia. Lebih hebat lagi, pengarah filem Avengers sendiri, Russo Brothersturut menggelar mereka ‘genius’!

Russo Brothers

@Russo_Brothers

Aiman. You guys are geniuses. Are you available to direct Avengers 5? https://twitter.com/awesomerawks/status/975157041130979328 

4:26 AM – Mar 19, 2018

15.1K

13.7K people are talking about this

Twitter Ads info and privacy


Russo Brothers

@Russo_Brothers

Aiman. You guys are geniuses. Are you available to direct Avengers 5? https://twitter.com/awesomerawks/status/975157041130979328 

Aiman Sany@awesomerawks

i’m not even sure if you’re kidding or notbut we’re just college students

10:38 AM – Mar 19, 2018

470

95 people are talking about this

Twitter Ads info and privacy

Sedangkan pengarah filem itu sendiri telah melihat dan menghargai kreativiti yang ditunjukkan oleh Aiman dan rakan-rakan. Hebat kan?

Bagi kami, itu sudah cukup untuk dikira sebagai satu pencapaian besar. Memang terbaik!

Aiman and friends, you guys are awesome! Semoga terus sukses di masa hadapan. Be97

Sumber; says.com