“Anak Dah Takda, Tapi Makcik Masih Ada!” – Pickupline Padu Makcik Untuk Hael Husaini Bikin Netizen Terhibur, Lawak Habis!

“Anak Dah Takda, Tapi Makcik Masih Ada!” – Pickupline Padu Makcik Untuk Hael Husaini Bikin Netizen Terhibur, Lawak Habis! 🤣🤣🤣

Kelmarin pemenang anugerah Juara Lagu ke-32, Hael Husaini ada memuat naik beberapa video di laman Instagramnya sempena Food Fiesta 2018.

Menariknya, antara beberapa video yang dimuat naik, video Hael bersama seorang wanita berjaya menarik perhatian netizen.

Hael dalam video berkenaan menanyakan jika wanita separuh usia itu memiliki anak perempuan, wanita berkenaan kemudiannya menjawab bahawa kesemua anaknya sudah berkahwin kecuali dirinya.

Mendengarkan pickupline berkenaan, kesemua pengunjung di situ ketawa sambil Hael segera bangun dan bergerak ke arah pentas.

Rata-rata terhibur dengan aksi keduanya sambil memuji wanita berkenaan yang selamba dan menghiburkan.

Sumber Instagram Hael Husaini

 

Kredit: Kisah Dunia