“Allah dah bagi honeymoon 10tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula”- Adam Corrie… Setelah 10 Tahun, Akhirnya….

“Allah dah bagi honeymoon 10tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula”- Adam Corrie… Setelah 10 Tahun, Akhirnya….

Adam Corrie dan isteri, Fazema Fuad mendirikan rumah tangga selepas hanya tiga kali bertemu. Jodoh berkekalan sehingga kini, pasangan itu dikhabarkan bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi selepas Fazema disahkan hamil.

Berita gembira itu dikongsi oleh Adam sendiri di Facebook sebentar tadi dan rata-rata peminat turut menumpang gembira dan mendoakan isteri serta bayi dalam kandungan sihat dan selamat. Berkahwin pada 21 November 2008, penantian dan doa pasangan ini selama hampir 10 tahun akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

Tahniah di ucapkan kepada Adam Corrie dan isteri di atas rezeki ini. Akhirnya penantian mereka selama 10 tahun untuk memperoleh zuriat dimakbulkan Allah.

Berikut adalah posting beliau di dalam FB petang tadi :

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanMu..

Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. Alhamdulillah .

Allah dah bagi honeymoon 10tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula.

“Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama. Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya. Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran Dan tinggikanlah darjat. Dan luaskanlah rezeki. Dan jadikanlah bagi manusia yg selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah. “

Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga Allah berikan zuriat juga.

Aamin allahumma aamin
I love you @puan_fazi_fuad
Mr & Mrs Adam Corrie
#adamcorrie #bakaljadiAyah

Sama-samalah kita doakan semoga kandungan isteri beliau sihat sehingga waktu kelahiran inshallah.

Pengikut Adam di laman Facebook turut tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah selain berkongsi tips ibu hamil untuk isteri tercintanya itu. Malah, Adam sendiri juga melalui post itu sempat mendoakan pasangan-pasangan lain yang masih menanti zuriat.

 

10 tahun tunggu cahaya mata

SEDEKAD mendirikan rumah tangga, pelakon Adam Corrie Lee mengakui masih menantikan kehadiran cahaya mata.

Malah, selebriti berusia 50 tahun ini percaya dengan ketentuan dan rezeki dari ALLAH SWT.

“Sebenarnya, isteri saya dah tiga kali keguguran dan saya juga tak berhenti berdoa dan berusaha.

“Sebabnya, saya tahu di sebalik itu, ALLAH akan bagi rezeki lagi, cuma masanya belum tiba lagi.

“Jadi, saya perlu bersabar dan terus berdoa kerana ALLAH suka mendengar doa hambanya,” katanya pada Sinar Harian.

Adam Corrie selamat diijabkabulkan dengan Fazema Mohd Fuad pada 21 November 2008.

Tambahnya, adalah penting untuk terus bersangka baik dengan setiap perancangan yang telah ditentukan-Nya.

“Kita perlu sentiasa bersangka baik, percaya dan yakin dengan ALLAH SWT.

“Sebabnya, ada orang yang perlu tunggu lebih lama lagi sampai 20 ke 25 tahun untuk dapat anak. Tentunya cabaran mereka lebih besar. Saya pula baru 10 tahun.

“Apa yang penting, sabar selain jaga hubungan suami isteri agar selalu happy dan saling memahami,” katanya.

Terdahulu, pelakon filem KL Gangster ini mencuri perhatian apabila memuat naik sekeping fotonya sambil memegang dua pasang kasut bayi di laman Instagramnya (IG).

“Tak ada apa-apa pun. Saja-saja. Yelah, saya pun dah tunggu 10 tahun, jadi setiap kali lalu dekat kawasan itu memang geram, setiap kali lalu juga saya pasang niat.

“Cuma, kali ini first time saya ambil gambar sebab kasut itu lawa sangat, biasa lalu tengok-tengok macam tu saja and tak pegang pun.

Sumber : KucingPink / manisz.pro