‘Abu Kata Dia Ketagih!’ – Murid 9 Tahun Mengaku Liwat Rakan & Adik Berkali-Kali, Ini Respon Syed Azmi

‘Abu Kata Dia Ketagih!’ – Murid 9 Tahun Mengaku Liwat Rakan & Adik Berkali-Kali, Ini Respon Syed Azmi

Beberapa hari lepas, viral di media sosial perbualan seorang guru bersama anak muridnya berumur 9 tahun yang didakwa meliwat rakan sendiri. Tambah menyedihkan, murid berkenaan mengaku melakukan perkara tersebut lebih dari 5 kali. Selain itu, dia turut meliwat adik-adik ketika di rumah. Dahsyat!

Syed Azmi selaku aktivis sosial memberi respon kepada video viral tersebut. Dia juga memberikan pandangan berkenaan cara menyoal murid sebegitu.
Video viral perbualan murid dan guru

[#KISAHBENAR] PELAJAR SEKOLAH RENDAH “ROGOL” KAWAN LELAKINYA

Kisah ini diceritakan oleh seorang guru bernama Latif (bukan nama sebenar).

“Saya dapat tahu kes ini setelah seorang pelajar (Ali-bukan nama sebenar) buat aduan yang dia “dirogol” oleh rakannya (Abu- bukan nama sebenar) di tandas. Rogol di sini bermaksud memasukkan anunya ke dalam dubur atau nama lain liwat.

Allahu rabbi. Tak sampai hati saya nak menceritakannya. Tiada niat untuk buka aib, tapi demi anak bangsa dan anak didik, perlu juga saya ceritakan supaya ibu bapa ambil iktibar dan sentiasa awasi anak mereka.

Kata Ali, dia dirogol berkali-kali, lebih dari 5 kali sepanjang 2018. Hati saya mula tak tenteram dan otak tak dapat bayangkan. Terus saya panggil si Abu ini. Pada awalnya bermati-matian dia tidak mengaku apa yang dibuat. Setelah Ali dipanggil dan mengaku diliwat oleh Abu, barulah dia mengaku. Itupun dia masih nak menipu. Katanya sekali sahaja. Setelah diasak berkali-kali dengan soalan. Dia telah meliwat Ali lebih dari 5 kali. Air mata saya menitis.

Lagi mengejutkan si Abu juga meliwat rakannya yang lain juga bernama Amat (bukan nama sebenar). Saya bertanya Amat adakah Abu paksa awak atau awak sukarela. Awalnya Amat kata dipaksa, tapi saya menyoal berkali-kali. Akhirnya dia mengaku sukarela dan mahu. Amat juga meliwat Abu semula..Allahu Rabbi..

Saya tidak berpuas hati, lalu saya soal siasat Abu sedalam-dalamnya. Saya bertanya kamu gesel sahaja atau masuk ke dalam. Jawapannya masuk ke dalam! Allah..macam mana budak umur 9 tahun boleh berfikir dan buat perkara macam ini? Di mana silapnya….

Saya bertanya lagi. Dari mana dia belajar? Katanya dia belajar dari rakannya sewaktu darjah 2. Rakannya yang ajak dan ajar dia perkara ini di tandas. Katanya ada 3 orang yang selalu buat perkara ini di tandas dan menjadi rutin mereka..Astaghfirullahal azim..

Yang lagi mengejutkan, si Abu kata dia ketagih! Saya nak bertanya yang membaca kisah ini, seawal umur 9 tahun, adakah mereka sudah ketagih dan ada nafsu membuak-buak? Otak saya sudah tak boleh berfikir. Kes ini agak dasyat dan di luar jangkaan!

Saya soal lagi, dan sempat rakam perbualan antara kami. Si abu juga ada meliwat adik-adiknya lebih dari 3 kali. Sedihnya bila memikirkan perkara ini. Perkara ini sudah menjadi kritikal dan berada di tahap “nazak”..

Nasihat saya pada ibu bapa, pantau la anak anda sehabis mungkin, cek siapa rakan mereka, pantau apa yang dilayarinya pada gajet, seeloknya jangan bagi gajet. Ajar anak-anak untuk takut lakukan perkara-perkara sedemikian dan paling penting bertindak secara rasional bila anak terlibat dengan perkara ini. Mereka masih mentah dan masih boleh diubah.

Bantu saya #share kisah ini untuk bacaan ibu bapa. Bukan berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak. Tapi jadikan iktibar. Semoga anak-anak kita dijauhkan dari perkara ini. Amin..

P/s: Video terpaksa diedit, dikaburkan dan dipotong part-part yang boleh mengaibkan mana-mana pihak.

Pandangan Syed Azmi

Kalau tak mengaku lepaskan dulu

Saya rasa interrogation tersebut agak kasar

Sumber : Syed Azmi , FAC – The Kids House via OH BULAN