8 Selebriti Timang Cahaya Mata Selepas Usia 38 Tahun. No 2 Tu Bertuah Dapat Anak Kembar!

8 Selebriti Timang Cahaya Mata Selepas Usia 38 Tahun. No 2 Tu Bertuah Dapat Anak Kembar!

Umur ideal wanita hamil pada usia 20an hingga lewat 30an. Tapi sekarang ni, bukan lagi perkara pelik jika ada wanita hamil di usia 40 tahun keatas. Apa yang pasti, usia bukan penghalang untuk menimang cahaya mata.

Ada yang takut untuk hamil di usia 40an kerana banyak risiko dan kemampuan diri juga menjadi faktor utama. Semakin berusia, semakin banyak risikonya.

Namun, 7 selebriti popular ini membuktikan hamil di usia lewat 30an dan 40an tidak menjadi penghalang. Paling penting, mereka ini kekal sihat dan cantik!
1. Linda Jasmine

Hamil di usia 39 tahun, isteri pelakon Que Haidar menimang cahaya mata ketiga mereka, Tengku Cleopatra Haidar di usia 40 tahun.
2. Zizie Ezette

Pelakon cantik ini disahkan hamil anak kembar selepas 8 tahun berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 2009. Pada Disember tahun lalu, Zizie selamat melahirkan sepasang kembar di usia 39 tahun.
3. Datuk Seri Siti Nurhaliza

Selepas 11 tahun berkahwin, Siti kongsikan berita kehamilannya pada Oktober tahun lalu. Semalam, Siti selamat melahirkan cahaya mata sulungnya di usia 39 tahun.

4. Rozita Che Wan

Hamil di usia 40 tahun, Rozita Che Wan menimang cahaya mata ketiganya di usia 41 tahun hasil perkahwinannya bersama Zain Saidin.
5. Didie Alias

Pelakon Didie Alias juga menimang cahaya mata di usia 40 tahun, hasil perkahwinan keduanya dengan Norisham Ismail.
6. Sharifah Shahirah

Pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah menimang cahaya matanya yang ke-5 pada usia 42 tahun. Anak sulungnya kini berusia 20 tahun.
7. Ziana Zain

Ramai yang tidak tahu, penyanyi bersuara lantang ini menimang cahaya mata bongsu kembar di usia 40 tahun.
8. Linda Onn

Bakal memasuki usia 41 tahun pada November ini, penyampai radio Linda Onn selamat melahirkan anak pertamanya pada 25 Februari lalu.

 

Sumber: Royikaya