[ 13 FOTO] Sekitar Majlis Perkahwinan Nonny Nadirah dan Suaminya Mustain. Cantik & Meletop SANGAT Nonny, Persis Puteri Raja !

BEKAS peserta Akademi Fantasia (AF) musim kelima, Nonny Nadirah, selamat bergelar isteri kepada penolong penerbit Media Prima Berhad (MBP), Mustain Adnan, jam 11.30 pagi tadi.

Menerusi laporan sebuah portal berita, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 29, sah menjadi suri hati Mustain atau nama sebenar Mohamed Mustain Mohamed Adnan, 36, dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan dan persandingan pasangan ini diadakan di sebuah hotel di Kota Kinabalu dalam suasana sederhana dan hanya dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat serta wakil media.

Mengenakan busana pernikahan serba putih rekaan pereka fesyen Dwen Raha, majlis akad nikah dikendalikan oleh Pegawai Agama Istana Negeri merangkap jurunikah, Imbran Angun berwali hakim.

Pengantin perempuan memberikan tujuh dulang hantaran berbalas tujuh.

Antara hantaran termasuk cincin pernikahan, kasut, beg tangan, set wangian, telekung dan jam tangan.

Nonny turut menerima mas kahwin sebanyak RM100.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Nonny berkata, dia yakin Mustain adalah lelaki yang terbaik buatnya selepas sembilan tahun menyulam cinta.

Bahkan, dia juga sedia menjadi ibu segera kepada anak Mustain, Mikhael Audi Putra, 12 tahun.

Seperti yang kita tahu, semalam merupakan hari yang paling bersejarah buat pelakon cantik manis Nonny Nadhirah bersama pasangannya Mustain Adnan.

Nonny sah bergelar isteri kepada seorang lelaki berstatus duda anak satu dengan sekali lafaz di TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah yang telah dihadiri oleh 100 orang jemputan dari kedua-dua belah pihak.

Pada waktu akad nikah, Nonny mengayakan baju pengantin bertema putih dan sedikit sentuhan emas di bahagian lengan ke perut serta mengenakan sarungan kerudung yang cukup menawan.

13 Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Nonny Nadirah dan Suaminya Mustain. Cantik Sangat Nonny, Persis Puteri Raja !!

Bukan itu sahaja, semasa majlis persandingan, Nonny nampak cukup elegen dengan mengenakan baju dress kembang ala Cinderella.

13 Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Nonny Nadirah dan Suaminya Mustain. Cantik Sangat Nonny, Persis Puteri Raja !!

Okay tak nak cakap banyak, korang tengok sendiri gambar-gambar sekita majlis persandingannya.

13 Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Nonny Nadirah dan Suaminya Mustain. Cantik Sangat Nonny, Persis Puteri Raja !!

13 Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Nonny Nadirah dan Suaminya Mustain. Cantik Sangat Nonny, Persis Puteri Raja !!

13 Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Nonny Nadirah dan Suaminya Mustain. Cantik Sangat Nonny, Persis Puteri Raja !!

13 Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Nonny Nadirah dan Suaminya Mustain. Cantik Sangat Nonny, Persis Puteri Raja !!

13 Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Nonny Nadirah dan Suaminya Mustain. Cantik Sangat Nonny, Persis Puteri Raja !!

13 Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Nonny Nadirah dan Suaminya Mustain. Cantik Sangat Nonny, Persis Puteri Raja !!

13 Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Nonny Nadirah dan Suaminya Mustain. Cantik Sangat Nonny, Persis Puteri Raja !!

13 Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Nonny Nadirah dan Suaminya Mustain. Cantik Sangat Nonny, Persis Puteri Raja !!

SUMBER GAMBAR: Instagram Nonny Via Berita Kopak