‘Selamba’ Walaupun Pisau Terpacak Di Badan, Dia Tetap Gagah Berdiri. Selepas Pisau Itu Dicabut, Apa Yang Berlaku Selepas Itu Amat Mengejutkan!

‘Selamba’ Walaupun Pisau Terpacak Di Badan, Dia Tetap Gagah Berdiri. Selepas Pisau Itu Dicabut, Apa Yang Berlaku Selepas Itu Amat Mengejutkan!

(Video) ‘Selamba’ Walaupun Pisau Terpacak Di Badan, Dia Tetap Gagah Berdiri. Selepas Pisau Itu Dicabut, Apa Yang Berlaku Selepas Itu Amat Mengejutkan!

SEORANG lelaki di Brasileia, utara Brazil nyata mengejutkan orang ramai apabila masih kelihatan santai walaupun sebilah pisau terpacak di belakangnya.

Dalam satu rakaman video yang tersebar, Elionardo Nascimento, dilihat masih tenang menunggu kedatangan ambulans waima belakang badannya berlumuran darah akibat ditikam seorang lelaki tidak dikenali.

Dalam kejadian minggu lalu itu, lelaki berusia 22 tahun tersebut sedang melepak bersama rakannya di sebuah bar apabila seorang lelaki tiba-tiba menerkam Nascimento dan menikam belakangnya dengan pisau.

 

Jelas Nascimento, dia tidak mengenali lelaki yang menyerangnya itu serta tidak tahu-menahu punca dia diserang sebegitu rupa sedangkan dia tidak terlibat dalam apa-apa pergaduhan sebelum itu.

“Saya sedang berdiri, berbual dengan rakan di luar pub apabila penyerang terbabit tiba-tiba muncul dan menikam belakang saya.

“Saya berasa seperti dipukul di belakang yang menyebabkan saya hampir terjatuh dan hanya mengetahui ditikam dengan pisau selepas diberitahu rakan,” katanya.

(Video) ‘Selamba’ Walaupun Pisau Terpacak Di Badan, Dia Tetap Gagah Berdiri. Selepas Pisau Itu Dicabut, Apa Yang Berlaku Selepas Itu Amat Mengejutkan!

Kata Nascimento dia sama sekali tidak sedar akan kehadiran penyerang itu ketika kejadian itu berlaku.

“Selepas ditikam, saya tidak berasa sebarang kesakitan, mungkin kerana saya terkejut. Namun, saya tahu saya perlu berdiri tegak dan bertenang.

“Tiada guna untuk saya berasa panik ketika itu kerana ia hanya akan membuat situasi jadi lebih buruk,” ujarnya dipetik Daily Mail.

Rakaman insiden itu menyaksikan Nascimento yang bekerja sebagai buruh berlegar-legar di hadapan pub itu sambil orang ramai cuba menenangkannya dengan mengatakan bahawa ambulans sedang dalam perjalanan.

(Video) ‘Selamba’ Walaupun Pisau Terpacak Di Badan, Dia Tetap Gagah Berdiri. Selepas Pisau Itu Dicabut, Apa Yang Berlaku Selepas Itu Amat Mengejutkan!

Orang awam juga memberi amaran kepadanya supaya kekal sedar dan mengingatkannya untuk tidak pengsan bimbang perkara tidak diingini berlaku.

Detektif yang menyiasat kes tersebut, Karlesso Nespoli berpendapat, tindakan Nascimento yang kekal tenang ketika itu menyelamatkan dirinya.

(Video) ‘Selamba’ Walaupun Pisau Terpacak Di Badan, Dia Tetap Gagah Berdiri. Selepas Pisau Itu Dicabut, Apa Yang Berlaku Selepas Itu Amat Mengejutkan!

“Kami terkejut dan kagum apabila mendapati mangsa berada dalam keadaan sedar dan tidak panik. Ketenangan yang dipamernya itu menyebabkan dia masih hidup ketika ini,”

“Kami sedang menyiasat kesi ini sebagai cubaan membunuh dan suspek telah dikenal pasti dan waran tangkap sudah dikeluarkan,” jelasnya.

(Video) ‘Selamba’ Walaupun Pisau Terpacak Di Badan, Dia Tetap Gagah Berdiri. Selepas Pisau Itu Dicabut, Apa Yang Berlaku Selepas Itu Amat Mengejutkan!

Menurut doktor yang merawatnya, Nascimento bernasib baik kerana tikaman itu tidak terkena organ utama dan lokasi pisau itu ditempatkan dibelakangnya itu hanya beberapa millimeter daripada terkena tulang belakang.

Dia dihantar ke Hospital Rio Branco di Brasileia dan kini sedang dalam proses pemulihan setelah menjalani pembedahan mengeluarkan pisau itu. – MYNEWSHUB.CC/EZ