Lelaki Ini Gantung Diri Sendiri Kerana Tertekan Memiliki 3 Isteri Dan Sebab Permintaan Mereka ..

Lelaki Ini Gantung Diri Sendiri Kerana Tertekan Memiliki 3 Isteri Dan Sebab Permintaan Mereka ..

 

Jika hidup berpoligami, masyarakat kita sering kali mendengar kisah yang lebih tertumpu kepada kaum perempuan. Kebanyakan wanita yang berpoligami banyak berkongsi cerita-cerita menyayat hati keluarga dan penderitaan hidup mereka berkongsi kasih dengan insan lain.

Pun begitu, berbeza dengan kisah berlaku di Indonesia ini apabila bukan wanita namun seorang lelaki pula mengalami penderitaan gara-gara hidup berpoligami. Menurut TribunNews, lelaki dikenali sebagai Mahyudin telah ditemui tergantung di rumahnya di Ciledug, Tangerang dekat Jakarta, Indonesia.

Difahamkan, Mahyudin yang berusia 36 tahun mengamalkan poligami dan mempunyai tiga orang isteri. Dalam kejadian berlaku pada waktu pagi itu, lelaki berkenaan dikhabarkan mengambil keputusan untuk membunuh diri setelah dikatakan tertekan dengan permintaan isteri-isterinya. Aduhai!

Menurut Ketua polis Ciledug, Supiyanto memberitahu bahawa mayat Mahyudin ditemui tergantung bersama kain tudung di loteng rumah oleh salah seorang isterinya, Sukiyanti yang tinggal bersama.

Sukiyanti dan madunya, Lastrini memberitahu bahawa Mahyudin sempat minum kopi di luar rumah sebelum kejadian. Namun, pada waktu itu lelaki terbabit dikatakan kelihatan gelisah, berjalan mundar mandir dan sangat kusut.

Dua isteri Mahyudin yang berada dalam keadaan baik antara satu sama lain sedang berbual-bual di depan rumah sambil minum bersama sewaktu ternampak keadaan suami mereka yang kegelisahan.

Selepas berjalan ke hulu dan ke hilir, Mahyudin kemudiannya dilihat berjalan masuk ke dalam rumah. Isteri lelaki berkenaan menjadi curiga sewaktu Mahyudin tidak menyahut panggilan mereka. Apabila isterinya masuk ke dalam rumah, alangkah terkejutnya mereka sebaik sahaja menemui Mahyudin yang sudah terbujur kaku di loteng rumah.

Berikutan insiden terbabit, ketiga-tiga isteri Mahyudin mengakui bahawa lelaki tersebut berkemungkinan tertekan untuk memenuhi permintaan-permintaan mereka. Pun begitu, apakah permintaan dan maklumat lanjut mengenai permintaan tersebut tersebut tidak dinyatakan kepada awam.

Ketua polis Ciledug melaporkan bahawa badan arwah Mahyudin tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda cedera atau kesan pukul ketika polis memeriksa mayatnya.

SUMBER : LOBAK MERAH
ASTRO AWANI JUGA MELAPORKAN KEJADIAN INI
AKIBAT tertekan memiliki tiga isteri, seorang lelaki nekad menggantung diri di loteng rumah sewanya, di Banten, Indonesia.

Lelaki itu dipercayai menggantung diri menggunakan selendang dan mayatnya ditemui salah seorang daripada isteri keduanya, Sukiyati, 34 tahun, kata Polis Daerah Ciledug, Supiyanto lapor HarianRiau.co

Menurut Supiyanto, Sukiyati mendakwa, lelaki itu dilihat gelisah sebelum kejadian dan tidak menjangka suaminya nekad membunuh diri.

“Sukiyati dan isteri ketiganya, Lastrini bersama lelaki itu sempat meminum kopi di luar rumah dan suaminya dilihat gelisah selain mundar-mandir di jalan raya,” kata Supiyanto.

Tambahnya, lelaki itu kemudian bertindak masuk ke rumah dan isterinya curiga apabila mangsa tidak menyahut apabila dipanggil.

“Apabila isterinya masuk, wanita itu terkejut sebaik sahaja menemui mangsa tergantung di loteng rumah.

“Malah isteri mangsa juga mendakwa lelaki itu mengalami tekanan kerana tuntutan yang diterima daripada isteri lain,” katanya.

SUMBER : ASTRO AWANI
Apa agak-agaknya permintaan isteri-isteri dia tu?