“Konon Nak Buat Video, Tapi Kena Maki Betul-Betul” – Parodi Awek Cendol Garang Versi Mas Idayu Bikin Netizen Terhibur, Lawak Habis!

“Konon Nak Buat Video, Tapi Kena Maki Betul-Betul” – Parodi Awek Cendol Garang Versi Mas Idayu Bikin Netizen Terhibur, Lawak Habis!

Fenomena ‘awek cendol’ melandai Malaysia baru-baru ini apabila video manja pasangan kekasih yang mengindam cendol tular di laman sosial.

Selain netizen, para selebriti juga tidak ketinggalkan untuk membuat parodi berkenaan dan memuat naik video berkenaan di laman Instagram mereka.

Tidak terkecuali, pelakon Mas Idayu turut terkena tempias apabila salah seorang rakannya, Muhammad Firdaus cuba untuk melakukan aksi berkenaan dengannya.

Namun pastinya reaksi Mas Idayu berlainan dengan gadis cendol apabila wanita berusia 49 tahun itu dilihat bengang dan serabut apabila rambutnya disentuh lelaki berkenaan.

Rakaman tersebut yang turut dimuat naik oleh Mas Idatyu disertakan dengan kapsyen “Konon konon @jiwafirdaus_official nak buat video, tapi kena maki betul betul. no acting eh, muak” mendapat reaksi terhibur daripada pengikut laman Instagramnya.

Video berkenaan mendapat hampir 60K tontonan sejak dimuat naik kelmarin.

Sumber Instagram Mas Idayu