Keutuhan Cinta Dan Ketabahan Si Isteri Sehingga Suami Semakin Pulih Telah Memenangi Jiwa Seluruh Rakyat Malaysia

Keutuhan Cinta Dan Ketabahan Si Isteri Sehingga Suami Semakin Pulih Telah Memenangi Jiwa Seluruh Rakyat Malaysia

 

[KISAH BENAR] KETABAHAN DAN KESABARAN SI ISTERI, KINI SUAMI KIAN PULIH – Kisah Penuh Ridzwan dan Rohayu

JERTEH – Mungkin ramai netizen pernah sebak mengikuti kisah menyayat hati pasangan suami isteri ini yang sanggup hidup bersama walau dalam keadaan susah sehingga terpaksa menjual kereta sendiri untuk meneruskan hidup.

Kita hanya merancang namun sebaik perancangan adalah dari Allah swt. Walaupun diduga dengan pelbagai ujian, seseorang haruslah tabah dan redha dengan takdir.

Imbas kembali pada hari kejadian. Pada petang itu yang bertarikh 03 Mei 2017, Muhamad Ridzwan Zaki yang berusia 27 tahun, sedang menunggang motosikal miliknya dalam perjalanan pulang dari bekerja.

Tiba-tiba, motosikal yang ditunggang olehnya telah bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda iaitu kereta Toyota Hilux.

Motosikal yang ditunggang oleh Muhamad Ridzwan telah hilang pertimbangan. Kejadian tersebut telah menyebabkan Muhamad Ridzwan, cedera parah dan terlantar tidak sedarkan diri.

Muhamad Ridzwan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Muhamad Ridzwan sempat mendapatkan rawatan perubatan selama satu bulan.

Doktor yang merawat suami Siti Rohayu memberitahu bahawa harapan Muhamad Ridzwan untuk kembali sedar amatlah tipis.

Setelah sebulan menerima rawatan daripada pihak hospital, suaminya telah dibawa pulang ke rumah dalam keadaan koma. Hal ini demikian kerana Muhamad Ridzwan masih tidak sedarkan diri.

Keadaannya masih sama. Jika nanti suaminya sembuh, kemungkinan tidak akan sama seperti sedia kala ketika dia sedang sihat dahulu.

Doktor menyuruh Siti Rohayu agar berdoa dan redha dengan takdir yang telah ditentukan oleh Allah .

Siti Rohayu sentiasa berdoa agar dirinya diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Harapannya hanya satu, dia mahu Muhamad Ridzwan kembali sihat seperti dahulu.

Siti Rohayu sangat rindukan telatah suaminya. Apabila di rumah, dia akan menjaga suaminya dengan penuh keikhlasan.

Bagi Siti Rohayu, kasih sayang buat suaminya iaitu Muhamad Ridzwan tidak akan pernah pudar walaupun melihat Muhamad Ridzwan hanya terlantar di atas katil.

Semasa Muhamad Ridzwan koma, pelbagai cara telah dilakukan untuk menyembuhkan suaminya. Namun, keadaan suaminya masih sama.

Siti Rohayu telah membeli katil khas untuk suami iaitu katil caragem. Pelbagai ikhtiar telah dilakukan untuk menyembuhkan suaminya, namun kini hanya kepada Allah dia bermohon agar suaminya akan kembali pulih seperti sedia kala pada suatu hari nanti.

Diari Pemberi Semangat

Hampir setiap hari akan ada catatan dari Siti Rohaya tentang perkembangan suaminya walau pun tidak banyak berubah.

Catatannya bersahaja tapi meruntun kalbu kerana si isteri selalu memuat naik foto-foto lama ketika suami masih sihat dan ceria.

Dari foto-foto dikongsi memang jelas kelihatan keduanya pasangan romantis, bapa yang penyayang yang suka merakamkan gambar bersama pasangan dan anak-anak.

Menjadi Inspirasi Hingga Diangkat Untuk Disiarkan Di KacaTV Dalam Rancangan Nona

“Saya memang TAK JANGKA semua ni akan berlaku”

“Saya terpaksa jual 2 buah kereta milik kami utk topup2 mana yg tak cukup”

“Saya terpaksa galas tanggungjawab suami”

“Saya mula belajar mcm mana nak buat bisnes online”

“Doktor ckp kalau slps 6 bulan suami tak mampu bangun, maka sah suami akan cacat kekal”

“Kehidupan bertukar 360 darjah”

Perkembangan Terkini

Terbaharu menurut sumber, difahamkan suami kepada wanita yang dikenali sebagai Siti Rohayu itu dikatakan semakin beransur pulih daripada koma akibat kemalangan jalan raya sekitar tahun lepas.

 

Selain itu, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Ridhwan tersebut juga jelas menunjukkan kemajuan apabila sudah mula mampu memberi respons ketika disapa oleh isterinya.

Setiap hari, Siti Rohayu akan menghabiskan masa bersama-sama suaminya. Dia akan bercakap dengan suaminya memandangkan suami sudah boleh melihat.

Setiap kali Siti Rohayu mencium suaminya, suaminya akan membalas ciuman itu. Sebelum ini, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Perkara itu sedikit sebanyak telah menggembirakan hati sang isteri. Kini, Muhamad Ridzwan semakin pulih.

Dia sudah pun boleh duduk di atas kerusi roda. Hal ini berlaku disebabkan dorongan dan sokongan daripada sang isteri.

Selain itu, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Ridhwan tersebut juga jelas menunjukkan kemajuan apabila sudah mula mampu memberi respons ketika disapa oleh isterinya.

Rakaman video itu telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata memuji ketabahan wanita itu, bahkan ada juga yang mendoakan agar lelaki itu diberi kesembuhan dengan segera.

Sang isteri telah memainkan peranan yang sangat penting dalam menyembuhkan sang suami. Muhamad Ridzwan semakin pulih disebabkan oleh, semangat juang yang tinggi dan seorang insan yang tidak pernah meninggalkan dirinya di saat duka dan suka iaitu seorang wanita yang bergelar isteri.

Menerusi perkongsian Siti Rohayu sebelum ini, suaminya sudah sekian lama koma akibat terlibat dalam kemalangan. Selama itulah Siti Rohayu tidak putus-putus berdoa dan menjaga suami dengan penuh kasih sayang. Malah dia tidak pernah berniat untuk meninggalkan suami meskipun apa yang terjadi. Dan syukur akhirnya suami sedar daripada koma.

Perkongsian Siti Rohayu yang terakhir sempat kami rakamkan memang membuat netizen sebak, meskipun belum pulih sepenuhnya kelihatan si suami memangku anak kecil mereka. Ketabahan dan kesabaran wanita ini menjaga suami dan anak memang kami salute!

“Allah maha besar, kita merancang tapi perancangan Allah lebih hebat, doktor hanya meramal tapi tidak boleh nak tandingi Yang Maha Esa, ape yang doktor jelaskan dulu masih syg ingat tapi syg sikit tak percaya sebab syg lebih yakin kuasa Allah.

doktor dah sedaya upaya merawat aby tapi setakat itu aje yang dia mampu, syg sambut aby dengan penuh kasih syg, syg cipta kehidupan kita sendri, tanpa melibatkan sesiapa, hanya kita dan anak-anak yang berada dekat rumah, dengan setiap kesusahan syg keperitan syg.

Allah meringankan satu2 persatu, tak pernah merasa penat menjaga aby, walaupun dengan anak masih kecik, dengan tak cukup rehatnya..

Masa yang tak pernah cukup tapi syg redha..sbb syg yakin aby akan sembuh, kehidupan kita akan kembali normal, Allahuakbar..syg tak mampu nak berkata2.. bila makin hari makin jelas prubahan aby,syg tak pernah jemu utk melayan aby, tak pernah jemu menjaga aby..

kesakitan yg aby rasa syg pun turut merasa,sabar aby..ingat hembusan nafas kita akan terhenti bila2, ingat Allah” -MRMZ

Sebak tengok pengorbanan isteri

Video


Untuk menampung kehidupannya, Siti Rohayu telah membuat produk nya sendiri iaitu membuat Jus Wanayu. Untuk menghasilkan sesuatu produk, ianya memakan masa yang lama.

Pada awalnya, Jus itu dinamakan sebagai Jus Ayu sahaja namun tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kemudian, Siti Rohayu menukar jus itu dengan nama Jus Wanayu.

Selain itu, dia juga mula berkecimpung dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Siti Rohayu juga telah menjadi stokis dan ejen bagi produk yang lain seperti menjual tudung secara online.

Siti Rohayu bertekad untuk mengubah hidup mereka sekeluarga demi memastikan keselesaan sang suami. Memandangkan suaminya tidak pulih sepenuhnya lagi, dialah yang perlu memikul tugas untuk mencari rezeki.

Semoga pasangan ini sentiasa berada di lindungan Allah swt. Dan semoga suami cepat sembuh dan hidup bahagia bersama keluarga tersayang. Kepada isteri, jangan pernah berputus asa dan semoga sentiasa kuat.

Sungguh tabah hatimu wahai insan yang bernama Siti Rohayu ini. Terlalu besar pengorbanan yang diberikan kepada suamimu. Benarlah kata orang, kesetiaan itu penting.

Dalam keadaan yang sebegini, Siti Rohayu masih berada di sisi suaminya dengan setia tanpa berpaling arah. Semoga suamimu kembali sihat seperti sedia kala.

Ketabahan dan kesabaran yang ditunjukkan oleh wanita ini menguruskan suaminya membuatkan kita pilu.

Jika kita berada ditempatnya, mampukah kita setabah dan sesabar wanita hebat ini? Dari manakah kekuatan itu datang? Tepuk dada, tanyalah iman.

Kisah keutuhan cinta antara suami dan isteri ini ternyata membuka banyak mata masyarakat. Kami doakan semoga suami wanita ini cepat sembuh dan dapat pulih sepenuhnya. Insya-Allah.

Sumber : Terengganutimes

Coretan Diari oleh Umy…

Hari ke 293  (Umy ker JKM untuk Mohon Wheelchair & Tongkat kaki)

Hari ni lepas hantar kakak ke sekolah umy ke jkm utk mohon wheelchair & tongkat kaki 4 bt aby,kerusi roda tu umy nk bawa aby mandi dlm bilik air..wheelchair yg umy beli ari tu xleh kena air berkarat,nanti susah nk buka..tongkat umy mohon awl2,mana tahu 3 4bulan lagi,aby bertambah baik,umy nk ajar aby bangun berjalan,minggu depan umy akan serah borang2,umy harap akan dpt bantuan itu,orang sekarang tgh sibuk duit brim,mungkin thun ni umy xkan dapat wlpn kita layak,sbb umy ada lesen SSM,umy perlu bt sbb umy nk mencari rezeki utk kamu bertiga,xpela..umy yakin,rezeki kita xkan pernah putus,umy sikit tak mengharapkan duit itu
Doakan kami selamat sampai ke Kl,kul5 pagi nanti akan bertolak..mungkin akan berhenti banyak tempat bg aby rehat,sbb kami akan mengunakan ambulance,aby pasti xselesa dlm perjalanan nanti,kami akan ke UM lembah pantai..yang berdekatan nak jumpa kami esk boleh la ke sana,selera makan aby bertambah,dh banyak mkn bubur & roti,kesian aby sbb dh lama xmakan,mungkin aby rindu masakan syg yg x berapa sedap,syg xpandai masak tp aby xpernah pn marah syg,wlpn ape yg syg masak,wlpn xsedap aby berusaha habiskan dan aby sentiasa puji,sedangkan syg thu aby menipu utk menjaga hati syg,sekarang aby perlu cepat sembuh,cakap je ape yg aby nk mkn..pasti syg akan masak sedap2,kita kembalikan kebahagiaan kita yg dulu,telah banyak masa kita terbuang,sama2 kita mengejar syurga yang Allah janjikan
MRMZ💞

Aby mampu ingt..in sha Allah,kadang2 bila tgk aby termenung jauh,hati syg mula sebak..jgn pernah rasa down,aby perlu kuat..bangkitlah demi wanita yg aby jadikan isteri ini,dulu aby pernah cakap aby xmampu hidup klu syg tinggalkan aby..selangkah pn syg tdk pernah ad niat utk tinggalkan aby,sekarang aby perlu hidup di dunia yg nyata..tinggalkan semua mimpi ngeri ini,bangunlah bersama syg dan anak2
Esk kita tidak jadi ke KL,sbb doktor yang kita akan jumpa meninggal petang tadi,kita hanya merancang,perancangan Allah yang terbaik..28hb kita akan pergi..nasib baik kita belum bertolak lagi,syg harap aby makin baik bila kita jumpa pakar nanti
MRMZ💞

Hari ke 292 (Ingatan Aby masih belum pulih) 

Alhamdulillah..makin mudah dan senang kerja umy dekat rumah,ada baiknya bila baiki rumah ni,aby dan anak2 lebih selesa,aby pn suka ddk dekat luar..memandang jauh diluar jendela,bnyk kenangan yg aby lupakan,syg harap Allah akan beri kkuatan utk aby ingt semuanya,ingt perkara yg baik2 shaja..hati syg makin gembira & bahagia,bila selera mkn aby bertambah,syg xmkn pn dh kenyang bila suapkan aby & aby berjaya abiskan bubur2 yg syg bt,sekarang aby hnya mampu mkn benda yang lembut2,sedikit masa lagi syg akan ajar aby mkn buah buahan & sayuran,kami sentiasa berikan sokongan pd aby,wlau ape pun yg terjadi..syg dan ank2 setia menunggu aby sembuh,berapa lama pn kami sanggup sbb xkan ada org yg dpt gantikan tmpt aby
Lusa 21hb kul5 pagi kita akan bertolak ke KL menaiki ambulance bersama nurse aby,kita pergi jumpa doktor pakar dekat sana,syg harap semua akan baik2,semoga kita akan selamat sampai & balik juga nanti,anak2 menunggu kita dekat rumah,anak2 dan aby happy sekarang sbb family umy ramai dekat rumah,diorang balik bercuti & kenduri kendara,umy pn dpt rehat secukupnya,bila adk bradk umy tlg mndikan aby dh siapkan aby,tlg bg susu aby n tlg jaga anak2 umy,bila ad nurse sentiasa menjaga aby dgn baik,hati umy sngt tenang,umy mmg utamakan kebersihan aby,umy akan sentiasa menjaga penampilan aby,umy nk aby cepat sembuh,aby jgn lupa Allah..Pasti dia akan berikan kesembuhan pada aby
MRMZ💞

Hari ke 291 (Umy bawa aby jalan2, Aby boleh suap sate sendiri. Tangan dan kaki dh mula aktif)

Hari ni umy nk bawa aby ke bachok,nk p mkn2 dekat rumah kakak umy,nk bawa aby jalan2 biar kena angin luar jarang2 sekali..aby skrg dh lain,aby dh xska org yg dia xbiasa sentuh2 dia,mcm agrsf tp umy tahu,tu krna dekat hspital last ari tu,dktor dan nurse pksa aby msuk kan kamera ikut hidung,sbb aby xddk diam,hidung aby pn smpai kan berdarah kesan tiub,sbb tu aby skrg mcm berjaga2..nk sentuh muka aby mmg susah,klu umy sndri yg pujuk2 baru la boleh,tgn dan kaki aby mula aktf tp aby xkuat lagi utk bgn sndri,xpela aby..selagi syg sihat,aby xperlu risau,syg sentiasa ada utk angkt aby bangun
Alhamdulillah..satu persatu Allah makbulkan doa,semua Allah akan beri tepat pada masa nya,syg bersyukur Allah beri peluang skali lagi mrasai nikmat rumahtgga,ujian ni klu kita pandang dari sudut lain..kita akan tahu itu utk kebaikkan,perancangan Allah yg terbaik,lapangkan hati terima dengan redha,ikhlaskan hati semua akan dipermudahkan,kita sendri yang perlu pilih ke neraka or syurga,Allah dh beri jalan keputusan ditangan kita,syg xkn lepaskan peluang yg Allah beri..syg akan berbakti kepada aby,syg nk buktikan pd aby..pilihan aby bt dulu adalah yg terbaik,aby xsilap memilih,aby korbankan semuanya dulu..syg pn korbankan semuanya sekarang utk aby,syg akan cintai aby seadaNya,kekurangan aby xkn jadi penhalang utk kita berdua
MRMZ💞

Hari ke 290 (Tangan sebelah mula aktif)

Alhamdulillah..lena sngt tido semalam,hilang sakit belakang tido dilantai selama 2minggu dirumah sewa,sekarang dh dapat tido dengan selesa tido pula bersebelahan kekasih halal umy😝syg bgn pagi tadi dgn hati yg gembira,smpaikan aby mandi dekat bilik air pn berjam2 bg aby main air,bkn selalu hnya seminggu sekali,syukur Alhamdulillah..aby makin baik,aby suka sngt sentuh air,main biuh sabun..tangan aby mula aktif wlpn hnya sbelah tangan yg kuat,syg xkn putus asa aby..wlpn aby ddk dekat wheelchair,syg nak ajar aby menulis pula,satu persatu aby akan pandai nanti,syg akan jadi ape pun aby..biarlah ape pun org nk kata,syg xkn berganjak dari syurga syg
Semalam Allah nk beri syg kebahagiaan,bila aby mampu ingt dimana kali pertama kita berjumpa dan gelaran ape yg aby panggil pada syg,xkn pernah syg lupa seorang lelaki gelarkan syg ‘IBU SINGO’ dsbbkan syg sombong dan garang dengan orang lelaki yg cuba dekatkan diri dgn syg tetapi wanita inilah yg aby pilih utk jadikan isteri dari wanita2 lain yg tergila2 kan aby dulu,wanita yg penuh misteri,wanita yg banyak dosa silam,tetapi aby terima syg seadanya,tdk pernah sekali abg burukkan syg,tdk pernah skali aby pukul syg n anak2,bergaduh mcm mna skalipun aby ttp mngalah,alasan aby krna xnk kehilangan kami,tetapi syukur kita sama2 mencari keredhaan Allah,nikmatnya kehidupan hanya Allah yang tahu..Allah sangat syg pada kita,kita sangat dekat kepadaNya
MRMZ💞

Hari ke 289 (Umy dan aby dh pindah rumah, aby dh minum dan makan ikut mulut)

Ya Allah..penat tu hanya Allah yang tahu bila pindah rumah,kekuatan tu ada balik sebab family umy sentiasa ada utk membantu,syukur Alhamdulillah..hari ni dh pindah semula ke rumah kami,ni pn belum selesai mengemas lagi,tQ pd adk bradk umy dan abg ipar brsusah pyh tlg kami,betul kata org..bila kita ditimpa ujian,ad hbgn yg renggang pn akn jadi lebih erat,dulu kami xrpt sngt,ska bt hal masing2 wlpn adk bradik rmai,skrg umy sngt rapat dgn adk bradik..bkn dikala umy senang diorang dtg,stelah kami tiada ape2..rumah kita agak meriah sbb rmai fmly umy blk bercuti,tQ juga utk fmly aby dtg melawat
Alhamdulillah,selama 2hari umy bg aby minum dan makan ikut mulut,wlpn agak sikit tetapi syukur sbb aby mampu,saat ni..syg akan cuba bg spenuhnya ikut mulut,syg harap aby akan ok,klu aby demam or berat aby menurun..syg terpaksa pasang balik,aby pn kurang selesa sbb selsema,mgkn sbb habuk krna pindah rumah,semua yg syg bt ni utk aby..aby akn lebih selesa dgn keadaan rumah kita sekarang,senang utk aby bergerak,bila blk kt sini kita dh xboleh bt live lagi..sbb line xkuat,ramai follower yang akan rindu nak tgk aby secara live nanti,mlm ni kita akan berehat secukupnya,kebetulan eqy pn pergi rumah tokma,eqy ddk baik2 ye syg..umy dan aby syg sngt kt kamu berdua,harta dunia akhirat..
MRMZ💞

Hari ke 288 (Mata aby berkaca…huhuhu)

Hari ni sangat sayu rasanya,bila tgk mata aby dh mula pandai berkaca,syg tahu aby cintakan syg..syg thu aby xsanggup melihat kami bersusah payah begini,aby jangan risau..ape yg syg bt sekarang ni,tdk terbalas jasa aby utk kami..syg xkan pernah lupa pengorbanan aby dulu,kita sama2 susah dan senang bersama dulu,tiada siapa yang membantu,kita bangkit sama2 dan kita berjaya hidup selesa,sedar tdk sedar Allah datangkan ujian kecil utk tgk kesetiaan syg pd rumahtgga kita tp syg dh buktikan tiada ape pun yg mampu rebahkan syg selain terus berada disamping aby n anak2,syg akan berjuang hingga ke penamat,kisah kita akan di ingat smpai bila2 oleh masyarakat lain
Syg cuba jadi yang terbaik,dulu ingat kata orang bila dh jahat wlpn dh bt baik,orang xkn pandang..tp lain terjadi pada kita aby,wlpn syg agak nakal dulu..Allah ubah kehidupan kita menjadi lebih baik,dikelilingi oleh orang2 yang baik,dapat suami yang baik,mampu mendidik syg..mampu mendidik ank2,dapat kawan2 yang positif,rezeki mencurah2..bila kita ikhlas dan redha,besar ganjaranNya..Allah janjikan syurga wlpn manusia itu penuh dosa,taubat dia pasti diterima Allah kan..syg harap aby akan sembuh,utk sama2 kita bawa anak2 ke syurgaNya,semua mcm mimpi tp inilah kehidupan kita,hidup kita dh jauh berubah,syukur brubah ke arah kebaikkan,hidayah Allah tdk mengenal sesiapa..aby perlu kuat demi kami,lupakan dan pedulikan yang xambk kisah pasal kita,sama2 terus bangkit menuju kejayaan & kebahagiaan
MRMZ💞

Jom live bersama umy dan aby,kita bercakap pasal buku dan tabung ibu dan isteri prihatin(TIIP)


Hari ke 287 (Promosi Buku Mengapai Syurga Terindah)

Alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar,hari ni photoshoot utk buku mengapai syurga terindah,yang mana belum dapatkan lagi buku tu..boleh la beli mulai sekarang,sebelum promosi habis..dapatkan dengan harga rm25 sahaja,bt tempahan secara online..lebih mudah,syukur pada Allah kerana membuka pintu rezeki seluas2Nya utk kami,wlpn pelbagai ujian dan dugaan kami tetap sabar..kami sudah berjalan jauh tnpa rasa penat,sbb masing2 ada keinginan..masing2 ada perasaan kasih dan syg,kami sentiasa letakkan cinta kerana Allah,kerana semua tdk akan pernah kekal selain Dia,mood aby pn baik hari ni,sehari dua lagi umy akan buang tiub aby😉
Hari ni kesabaran umy teruji,cepat2 umy ingt Allah..tanpa sengaja Allah gerakkan hati,Allah aturkan cara umy mengenali si pemandu hilux itu,bahagiaNya dia,mcm tiada ape2 yang berlaku..budak tu masih muda,keluarga pun senang,diatas dunia ni kamu akan terlepas,akhirat nanti merangkap la kamu wahai ‘AYO’ umy doakan Allah berikan hidayah dan pertunjuk,kamu sudah ragut kebahagiaan kami..kamu sudah biarkan anak2 kami membesar tanpa bapa nya tidak mampu bt ape2,1 hari nanti..kamu akan rasa ape yang kami rasa,kamu tidak pernah dtg meminta maaf & tdk pernah dtg menolong kami,semua ada hikmah..1hari nanti kita akan bersua,tunggulah saat tu..umy akan tetap tersenyum didepan kamu,wlpn hati umy terluka dan umy akan maafkan kamu sbb itu lebih baik,yang penting umy redha dengan ketentuan yang maha Esa
MRMZ💞

PROMOSI TEMPAHAN PRA-CETAK FASA KE 2..
Pihak penerbit masih menerima tempahan pra-cetak untuk buku Menggapai Syurga Terindah. Bagi fasa 2 ini, informasinya seperti berikut:

Harga: RM25.00 bagi semenanjung & RM28.00 bagi sabah & sarawak.

Promosi: POS PERCUMA untuk semenanjung, sabah & sarawak

Tempoh: 13hb – 28hb Februari 2018

Bayaran:
Akaun BSN – 02104 29000 046904 (Shafie Abdul Rahman)
Akaun Bank Islam – 14069 02011 8966 (Shafie Abdul Rahman)
Akaun Maybank – 16455 7081 489 (Mohd Jamil Abdul Mutalib)
Akaun CIMB – 760 217 2684 (Mohd Jamil Abdul Mutalib)

Sila hantar whatsapp ke nombor 016-6862692 bagi bayaran menerusi akaun Bank Islam & BSN & 019-3037873 bagi bayaran menerusi akaun Maybank & CIMB.

*Mohon share… terima kasih

Hari ke 285 (Makin ramai follower yg mendoakan kami)

Hari ni umy sibuk sangat,ke hulu ke hilir..uruskan banyak benda,bukan senang nak jadi suri rumah,bukan senang nk jadi ibu bapa,bukan senang nak jadi ketua keluarga,bukan senang nk mencari nafkah & bukan senang untuk senang tetapi bila kita buat semuanya dengan seikhlas hati,Allah permudahkan..sikit kita tak akan rasa penat,wlaupun umy ni kecil,berat umy sekarang pn xsmpai 45kg tetapi umy ada semangat yang besar,keyakinan diri yang tinggi,umy tahu Allah bersama umy,dia berikan ujian untuk menilai kemampuan diri kita,umy akan berusaha sebaik mungkin melepasi ujian ini,umy harap Allah pandang usaha umy ini
Alhamdulillah..makin ramai yang mendoakan kami,kadang2 umy nk beri aby semangat dengan cara baca kan setiap komen2 follower depan aby,tetapi umy thu spttnya umy dh xperlu baca sbb aby mampu baca semua tu..wlpn tnpa suara,anak matanya fokus kepada setiap tulisan,umy harap 1 hari nanty suara aby akan keluar seperti dulu,umy harap akan dengar bicara manis dari mulut aby nanty,aby seorang suami dan bapa yang manja,sebab tu kami sangat syg pada aby…kami harap aby xkn berubah,kami nak aby seperti dulu,umy akan pastikan aby jadi mcm dulu,mungkin masa sudah berubah tetapi cinta kita tak akan berubah sampai bila2,kuat demi kami wahai Muhamad Ridhwan
MRMZ💞

Hari ke 284 (Allah perlahan2 tunaikan Doa2 umy,Doa kita semua)
Alhamdulillah..umy makin melebarkan sayap,terima kasih ya Allah..kau bukakan jalan2 yang terang utk kami,kali ke 3 kisah kami keluar paper..kali ni kisah buku,harap semua orang support kami,beli la buku sambil beramal,umy xsangka setelah diberi ujian berat,pelbagai ujian dan rintangan..Allah perlahan2 tunaikan Doa2 umy,Doa kita semua..aby pun perlahan2 sembuh,umy xkn paksa aby..biarlah aby rehat dulu,umy akan sentiasa berada bersama aby susah dan senang
Kisah kita sangat hebat,sampaikan jadi bahan mulut semua orang,syukur orang bercakap hal yang baik2 sahaja,ramai yang mendoakan kita,umy xsangka aby sangat cepat menunjukkan perubahan,umy akan cuba sembuhkan aby..umy nk aby dapat berjalan smula,mungkin agak sukar tetapi tidak mustahil bg umy..umy akan pastikan aby mampu berdiri disebelah umy smula,hari ni umy sampai ke thailand,mencari penawar utk aby..biar ape orang fikir,biar ape orang nak kata,Allah maha melihat dan mendengar..selagi umy masih ada,umy xakan putus asa,umy akan cari juga cara utk aby sembuh,umy xkn biarkan aby mcm tu,bila kita syg pada seseorang,xkn kita bg 1 pun alasan
MRMZ

Catatan kasih seorang isteri

Kuala Lumpur: “Apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Rupanya Allah hendak beri lebih lagi sedangkan saya tidak pernah terfikir pun catatan yang dimuat naik setiap hari dalam Facebook ada orang minat hendak buat buku,” demikian kata Siti Rohayu Ibrahim, 28, yang bakal mengeluarkan buku sendiri pertengahan Mac ini.

Kisah pengorbanan Siti Rohayu berjuang menjaga dan merangsang daya ingatan suaminya Muhamad Ridhwan Mohd Zaki, 27, yang terlantar akibat kemalangan jalan raya sejak Mei lalu bakal diterbitkan dalam sebuah buku berjudul Menggapai Syurga Terindah.

Menurut Siti Rohayu, projek berkenaan adalah usaha sama dengan pengarang novel sejarah Islam Shafie Abdul Rahman serta penyunting dan pengarah drama tempatan Jamil Mutalib yang berminat menerbitkan kisahnya dalam sebuah buku motivasi.

“Sepanjang suami saya sakit, saya menerima banyak mesej daripada netizen bahawa mereka juga susah contohnya suami sakit dan ada kalanya hendak beli susu anak pun tak mampu.

“Jadi, rupanya masih ramai lagi di luar sana mengalami nasib macam saya, cuma kisah mereka tidak didendangkan (tular) saja.

“Tujuan utama projek buku ini bukan saja untuk membantu menjana pendapatan bagi meringankan beban saya semata-mata, tetapi apa yang lebih penting, sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan ke Tabung Ibu dan Isteri Prihatin (TIIP) yang saya tubuhkan sendiri untuk membantu golongan memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Shafie berkata, perkenalan dengan Siti Rohayu berlaku secara tidak sengaja apabila video wanita berkenaan kerap tular di laman sosial sebelum pertemuan diatur tiga minggu lalu untuk menyampaikan sedikit bantuan kepada wanita itu di Sungai Buloh, Selangor.

“Saya lihat luahan dia setiap hari itu macam satu catatan terapi kasih sayang seorang isteri kepada suami yang kami rasakan boleh menjadi inspirasi dan semangat kepada masyarakat terutama isteri yang mengalami nasib sama.

“Jadi, ketika pertemuan itu kata sepakat dicapai untuk menerbitkan kisahnya dalam sebuah karya motivasi yang mana 20 peratus daripada hasil jualan buku itu akan disalurkan ke TIIP manakala 20 peratus lagi untuk tabung Wakaf Dunia Islam dalam membantu saudara Islam seperti Palestin, Syria dan Rohingya.

“Buat permulaan, kita sasarkan 50,000 jualan dan sekiranya projek ini berjaya dan menerima sambutan baik, kita akan kembangkan lagi kepada pembikinan drama,” katanya tempahan boleh dibuat menerusi e-mel kepada shafie1960@gmail.com atau hubungi talian 016-6862692.

Katanya, mereka mempunyai senarai 10 keluarga kurang bernasib baik untuk menerima sumbangan melalui TIIP yang diumumkan sempena pelancaran buku berkenaan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), 1 Mei depan.

Tempahan pembelian dalam talian buku Menggapai Syurga Terindah sudah dibuka dan bakal tamat pada 28 Februari ini.

Mereka yang membuat tempahan awal sehingga esok, berpeluang memperoleh diskaun RM22 sebuah buku dan percuma kos penghantaran.

Sourced HMetro