Keris Lama Tersangkut Pukat Nelayan Di Wales, Saintis Dedah Sesuatu Yg Pelik Tentang Malaysia.

Keris Lama Tersangkut Pukat Nelayan Di Wales, Saintis Dedah Sesuatu Yg Pelik Tentang Malaysia.

Sungai Towy atau Tywi merupakan sungai yang terpanjang di Wales dengan ukuran sekitar 120 km! Selain terkenal sebagai lubuk ikan salmon, dasar sungai ini turut pernah menyimpan khazanah bersejarah yang dipercayai berasal dari Tanah Melayu.

Keris Lama Tersangkut Pukat Nelayan Di Wales, Saintis Dedah Sesuatu Yg Mengejutkan Tentang Malaysia.

SEBILAH KERIS DENGAN NILAI SEJARAH TINGGI
Seorang nelayan yang juga tukang perahu kuno khas Wales bernama Andrew Davies langsung tidak menyangka besi buruk yang tersangkut pada pukatnya merupakan sebilah keris dengan nilai sejarah yang amat tinggi!

Keris Lama Tersangkut Pukat Nelayan Di Wales, Saintis Dedah Sesuatu Yg Mengejutkan Tentang Malaysia.

Apabila mengimbas kembali detik penemuan keris berkenaan kepada Wales Online, Andrew menyatakan:

“Saya keluar memancing pada satu malam dan sebaik sahaja menarik pukat, saya menemui keris ini. Sejujurnya saya berasa sangat terkejut kerana ini bukanlah tangkapan yang pernah saya lakukan”.

Keris Lama Tersangkut Pukat Nelayan Di Wales, Saintis Dedah Sesuatu Yg Mengejutkan Tentang Malaysia.

Sejurus selepas penemuan keris tersebut, Andrew terus membawa keris berkenaan ke muzium bagi membolehkan sebarang pemeriksaan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai penemuan bersejarah tersebut dijalankan.

“Saya ingin tahu bagaimana keris ini boleh berada di Towy”.

Sementara itu, Gavin Evans yang bertugas sebagai kurator di muzium Carmarthenshire memaklumkan bahawa pihaknya telah menghantar beberapa gambar keris yang berkarat tersebut ke muzium di London namun masih belum mendapat sebarang maklum balas mengenainya.

Keris Lama Tersangkut Pukat Nelayan Di Wales, Saintis Dedah Sesuatu Yg Mengejutkan Tentang Malaysia.

Ujar Evans, “Saya belum mendapat sebarang perkembangan terkini daripada muzium tetapi yang pastinya, keris tersebut berasal daripada Malaysia”.
BERASAL DARI TANAH MELAYU
Tambah Evans lagi, sangkaan awalnya adalah keris tersebut mungkin berasal dari zaman Roman namun setelah meneliti ukiran-ukiran pada bilah keris, Evans yakin bahawa ia berasal daripada Tanah Melayu.

Keris Lama Tersangkut Pukat Nelayan Di Wales, Saintis Dedah Sesuatu Yg Mengejutkan Tentang Malaysia.

“Bahagian pemegangnya diperbuat daripada kayu dengan ukiran burung dipercayai diperbuat daripada tulang. Selain itu, terdapat juga sedikit tembaga padanya”.

Keris Lama Tersangkut Pukat Nelayan Di Wales, Saintis Dedah Sesuatu Yg Mengejutkan Tentang Malaysia.

“Saya percaya keris ini telah terbenam di dalam dasar sebelum ianya tersangkut pada pukat. Disebabkan itu, keris ini tidak mengalami kerosakan yang teruk”.

Keris Lama Tersangkut Pukat Nelayan Di Wales, Saintis Dedah Sesuatu Yg Mengejutkan Tentang Malaysia.
BAGAIMANA KERIS SAMPAI KE SINI
Bagaimanapun persoalan terbesar di sini adalah bagaimana keris dari abad ke-18 ini boleh berada di dasar Sungai Towy itu?

“Terdapat banyak kemungkinan tentang bagaimana ia boleh berakhir di Towy. Carmarthen dahulunya dikenali sebagai kawasan pelabuhan dan mungkin keris ini telah terjatuh ke dasar sungai”.

Keris Lama Tersangkut Pukat Nelayan Di Wales, Saintis Dedah Sesuatu Yg Mengejutkan Tentang Malaysia.

“Atau mungkin terdapat kemungkinan dan penjelasan yang lebih misteri. Mungkin keris ini adalah senjata pembunuhan yang telah dibuang ke sungai pada satu ketika dahulu? Siapa tahu?”.

Kredit : Era Baru

Menarik sungguh kisah penemuan keris ini. Milik siapakah keris itu dan bagaimana ia boleh terbenam di dasar sungai Towy, Wales yang sangat jauh daripada tempat asalnya iaitu Tanah Melayu?