Jika Ada Darah Tinggi. Segera Sediakan Minuman Ni Untuk Diamalkannya!

Jika Ada Darah Tinggi. Segera Sediakan Minuman Ni Untuk Diamalkannya!

Sebagai menantu bila mendapat tahu ibu atau bapa mertua disahkan mempunyai penyakit darah tinggi, pasti timbul juga rasa rungsing di hati.  Ini memandangkan penyakit darah tinggi merupakan antara penyakit yang berbahaya.

Umumnya sesiapa pun tidak terkecuali boleh diserang penyakit ini. Ianya bukan lagi dikatakan sebagai penyakit orang tua, hatta di usia muda sekali pun andai tidak menjalani gaya hidup sihat boleh menghidapinya.Apa yang pasti,  komplikasi penyakit darah tinggi boleh berlaku dalam jangka masa yang cepat ataupun lambat.

Ia bergantung bagaimana tekanan darah dapat dikawal oleh pesakit. Sekiranya pesakit darah tinggi mempunyai masalah kesihatan lain seperti kencing manis atau sakit jantung, keadaan ini akan mempercepatkan lagi komplikasi.Jika sudah mempunyai kompilasi penyakit darah tinggi, seseorang itu akan mengalami tanda-tanda seperti berikut :

Sekiranya ibu mertua atau orang tua anda ada mengalami tanda-tanda dan gejala seperti di atas, anda perlu segera membawa mereka berjumpa doktor di klinik- klinik swasta, klinik-klinik kerajaan yang berdekatan ataupun Jabatan Kecemasan di hospital berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan rapi.
Tekanan Darah Normal :

Tekanan sistolik anda kurang dari 120
Tekanan diastolik anda kurang daripada 80

Tekanan Darah Tinggi Tahap 1 :

Tekanan sistolik anda adalah antara 140-159
Tekanan diastolik anda adalah antara 90-99

Tekanan Darah Tinggi Tahap 2 :

Tekanan sistolik anda adalah 160 atau lebih tinggi
Tekanan diastolik anda adalah 100 atau lebih tinggi

Punca-punca yang  menyebabkan peningkatan kepada tekanan darah
Tekanan darah boleh meningkat dalam keadaan tertentu seperti :-

Stress
Gelisah
Penat
Kesakitan
berdebar-debar
ketakutan
melakukan aktiviti fizikal

Pun begitu tidak dinafikan dalam usaha mencari penawar penyakit darah tinggi ini, orang Melayu umumnya mempunyai banyak petua dan mengamalkan pelbagai jenis ubatan tradisional sebagai satu usaha untuk kembali sihat.Ini sebagaimana perkongsian pengalaman oleh Puan Nur Hidayah yang juga merupakan pesakit darah tinggi.

Jom ketahui apa yang diamalkannya dan mana tahu petua ini juga serasi dengan insan yang anda sayangi.“Saya nak shere petua untuk darah tinggi. Dulu darah tinggi saya 190 dan sekarang 120. Allhamdulilah saya amalkan minum jus epal timun.”darah tinggi, minuman kurangkan bacaan darah tinggi, minuman untuk pesakit darah tinggi, rawatan untuk pesakit darah tinggi, resepi minuman pesakit darah tinggiJus Epal TimunBahan-bahan :

1 biji epal hijau
1 batang timun

Cara penyediaan :

Epal dan timun dipotong.
Masukkan ke dalam pengisar makanan.
Kisar sehingga halus dan tapis.
Minum jusnya dan amalkan 3x setiap hari.

 

Sumber: Petua Ibu