[GAMBAR] 9 Filem Seram Ini Diangkat Dari Kisah Sebenar.. Ni Kisah Disebalik Filem Chucky Yang Ramai TAK TAHU!

[GAMBAR] 9 Filem Seram Ini Diangkat Dari Kisah Sebenar.. Ni Kisah Disebalik Filem Chucky Yang Ramai TAK TAHU!

 

Jika bercakap mengenai filem seram antarabangsa, sudah pasti ada beberapa judul filem tersebut bermain di fikiran anda. Antaranya seperti IT, Insidious, The Conjuring dan banyak lagi.
Diangkat Dari Kisah Sebenar
Namun, tahukah anda kebanyakan filem seram Hollywood diambil berdasarkan kisah sebenar?Bukan itu sahaja, malah beberapa gambar mistik turut berjaya dirakam mereka sehingga menjadikannya ia sebagai sebuah filem. Hangat.com rangkumkan 12 filem seram yang sebenarnya pernah terjadi suatu ketika dahulu.
1. Annabelle

Filem Annabelle yang mengisahkan mengenai sebuah patung yang dirasuk menuntut nyawa setiap pemiliknya. Malah jika dilihatkan pada gambar asalnya, patung ini tidaklah menakutkan. Namun siapa sangka, banyak nyawa melayang kerananya.
2. IT

Diinspirasikan dari kes jenayah Pogo si badut jenayah yang telah membunuh mangsanya dengan cara yang begitu tragis. Menurut sumber antarabangsa, Pogo menjadi demikian kerana pernah dibuli oleh bapanya. Novelis Stephen King telah mengangkatnya menjadi sebuah novel berjudul IT dan kemudiannya direalisasikan menjadi sebuah filem untuk dua kali berturut-turut.
3. Chucky

Filem ini mempunyai francais yang begitu banyak .Siri patung pembunuh ini dahulunya dikenali sebagai Robert dimana ianya dipercayai hadiah kepada pemilik asalnya, Robert Eugene yang menamakan patung itu bersempena nama nya.

Selepas Eugene berkahwin, patung itu telah diletakkan disebuah tempat dan disitulah bermulanya segala kejadian aneh termasuk cubaan membunuh anak perempuan Eugene.
4. The Ring

Filem ini diangkat dari kisah lagenda, Okiku “the spirit of the ferris wheel” dimana ianya mengisahkan mengenai samurai yang jatuh hati pada orang gajinya, Okiku. Sanggup meninggalkan isteri dan mengahwini Okiku, namun wanita tersebut menolaknya.

Berikutan menolak tawaran tersebut, samurai itu mahu ‘memerangkap’ Okiku dengan memberi dua syarat samada berkahwin dengannya ataupun dituduh mencuri barangan miliknya. Menyedari kedua -duanya tidak mendatangkan sebarang kebaikan padanya, Okiku memilih jalan untuk membunuh diri dan kemudiannya menjadi roh yang tidak tenteram.
5. The Conjuring

Filem The Conjuring antara filem seram yang berjaya kerana hampir setiap filem mengisarkan mengenai kisah sebenar. Bukan sahaja dirasuk, malah hantu seperti Batsheba ,Valak dan The Nun dikatakan wujud.
6. The Nun

Meskipun ramai yang mengetahui bahawa Valak tidak wujud didalam kisab sebenar Enfield Case. Tidak bermakna ianya tidak wujud. Dikatakan ianya muncul bukan sebagai ‘Nun’ tetapi dia adalah penghuni neraka yang sering kali memilih menjelma sebagai seorang kanak – kanak bersama sayap dan menaiki naga dua kepala. Ramai yang menanti  – nanti bagaimanakah filem The Nun yang akan ditayangkan pada tahun ini.
7. The Amityville

Mempunyai dua siri filem seram, The Amityville mengisahkan mengenai kawasan rumah berhantu. Bermula dari kisah Ronald Defeo yang menembak mati 6 ahli keluarganya, dia walaubagaimanapun memberitahu tidak mempunyai sebarang niat untuk membunuh mereka apatah lagi anak – anaknya.
Penampakan roh anak lelaki Ronald
Kes bertambah pelik kerana siasatan mendapati Ronald menggunakan senapang yang mempunyai bunyi yang kuat dan mereka yang terbunuh tidak mempunyai kesan pergelutan mahupun dadah atau sebarang ubat jika disyaki ditidurkan.
8. The Exorcism of Emily Rose

Menyeramkan! Filem ini mengisahkan mengenai kisah benar yang terjadi pada Anneliese yang dirasuk oleh 6 makhluk halus. Sejak itu perangainya mula berubah dengan bercakap perkara aneh dan hanya memakan labah – labah dan arang sahaja. Pelik? Benar tetapi ianya pernah terjadi.
9. The Exorcist

Watak hantu di dalam filem ini sering kai menakutkan sesiapa sahaja. Siapa sangka kejadian dirasuk , berlawan dengan paderi dan kerusi berterbangan juga perrnah terjadi suatu ketika dahulu.
Sumber Paranormal Life via hangat.com