‘Belum Jadi Bini Dah Tergedik Sana Sini’ – Parody Awek Cendol Versi Alif Syukri Dan Isteri Buat Netizen Terhibur..Jom Tengok Sapa Lagi Manja?

‘Belum Jadi Bini Dah Tergedik Sana Sini’ – Parody Awek Cendol Versi Alif Syukri Dan Isteri Buat Netizen Terhibur. Sabar je la datin…

‘Belum Jadi Bini Dah Tergedik Sana Sini’ – Parody Awek Cendol Versi Alif Syukri Dan Isteri Buat Netizen Terhibur. Sabar je la datin…

Pada minggu lepas, viral di media sosial sebuah rakaman menunjukkan seorang gadis merengek manja dalam keadaan panas dan lapar. Video yang dimuat naik kekasihnya itu menjadi viral secara tiba-tiba sehingga ada yang menggelarnya ‘awek cendol’. Ramai yang tertarik dengan kemanjaan gadis tersebut, tak kurang juga yang menuduhnya ‘manja dibuat-buat dan gedik’.

Seperti biasa, pasti ada sahaja video parody netizen mengejek perbuatan manja tersebut. Memang kelakar habis! Siap ada yang simbah dengan air mineral untuk nampak ‘basah-basah peluh’ akibat keletihan.

Jutawan kosmetik Dato’ Seri Aliff Syukri dan isteri juga tidak ketinggalan membuat parody manja awek cendol ini. Korang rasa siapa yang manja? Dato’ Aliff atau Datin Shahida sampai ramai sangat yang terhibur?

Amboi Dato’ bukan main lagi ye, alang-alang membuat parody terselit juga komen pedas kepada pasangan kekasih tersebut. Kata Dato’ belum jadi isteri dah tergedik sana tergedik sini minta cendol. Tak kuasa nak layan! Hahaha

Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan telatah pasangan suami isteri. Sporting betul Datin melayan kerenah Dato. Namun, ada juga yang meninggal komen kurang senang mendakwa Dato’ Aliff Syukri berkelakuan agar kasar kepada isteri. Yelah seram juga admin tengok masa Dato’ Aliff suap garfu tu kan.

Sumber : Aliffsyukriterlajaklaris