Asal Minta bantuan zakat tak dapat, Pak cik terpaksa ambil duit di gereja setiap minggu untuk beli ubat isteri hingga…

Asal Minta bantuan zakat tak dapat, Pak cik terpaksa ambil duit di gereja setiap minggu untuk beli ubat isteri hingga…

hari ini jika dilihat Kempen-kempen kutipan zakat terutamananya ketika musim Ramadhan sangat meriah hinggakan terpaksa buka kaunter-kaunter di Masjid yang badan-badan kerjaaan persoalaannya ke manakah duit tersebut pergi?

Mengapa ketika mengagihkan wang zakat tersebut tidak pula berbuat demikian. Jangan hanya pandai mencari alasan sebaliknya perlulah cari jalan

kisah dibawah sebagai renungan kita bersama di harap pihak berwajib perlu mengambil tindakan demi maruah islam.

 

Ye, aku tahu korang terpaksa mengikut prosedur, masuk jam 7 or 8 pagi, balik jam 5 petang. Start kerja semak nama-nama asnaf di laptop, main telefon kejap, lepas itu rehat, lepak di kedai2 dan borak kemudian naik balik.

Tugas korang mencari asnaf, padahal korang tak cari pun. Sampai petang, korang punch card, lepas itu balik. Bukan aku tak tahu, yang melenting2 dalam inbox itu kata tempat dia bagus bagai itu, i’m so sorry, aku tak percaya. Kau pergi la ke pejabat Zakat Negeri mana pun, kalau setakat nak minta RM300 sebulan bantuan dapur itu pun kena tunggu berbulan2. Itu pun tak tahu dapat ke tidak. Tambahan pula, kalau nak minta bantuan belajar, bantuan bencana yang jumlahnya ribuan ringgit, lagi kedekut.

*Kalau korang nak tahu, wang untuk orang yang nak sambung belajar wajib ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat tanpa bayar balik.

Bangunan Pusat Zakat dinaiktaraf bernilai jutaan ringgit menggunakan duit zakat yang sepatutnya digunakan untuk menampung atap-atap bocor rumah orang miskin, gaji2 pegawai tinggi dengan angka yang tidak masuk akal ye! Aku tahu ambil zakat boleh terima gaji dari duit zakat, tetapi berpada-padalah.

Sepatutnya gaji penjaga Baitulmal dibayar oleh kerajaan, bukan Baitulmal. Korang duduk dalam pejabat zakat yang ada aircond (bayar aircond guna duit zakat), kena sedar, jika ada bencana banjir atau apa2 musibah, organisasi Islam antara bantuan yang paling lembab sampai ke tempat kejadian.

Dah la lembab itu ini, lg ada pulak prosedur bagai. Ini adalah fakta! Korang boleh rujuk, kebanyakkan bantuan bukan dari pusat zakat, tetapi hasil dana orang awam dan persendirian. Korang tahu x organisasi apa yang datang seawal 12jam pertama? Persatuan Kristian dan Buddhist!

Disebabkan lembabnya pusat-pusat zakat ini menyalurkan bantuan2, orang2 bukan Islam sudah mengambil peluang dan dengan mudah mereka sudah berjaya membuat orang Islam tertarik kepada agama mereka serta kesannya setiap kali bencana, mesti ada orang Islam yang tukar agama. Nampak tak kesan dia?

Yang duduk di dalam pejabat zakat itu takkan tahu makna kesusahan. Sebab mereka tidak pernah masuk tempat sampah untuk mencari rezeki, tak pernah menangis kerana lapar, tak pernah makan biskut untuk sara keluarga.

Korang tak rasa dan x cuba rasa. Hasilnya orang Islam terpaksa meminta bantuan dari badan2 bukan Islam sebab lagi senang nak dapat. Padahal Allah telah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 2;

“Berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan taqwa dan kebaikkan dan janglah kamu berlumba-lumba untuk melakukan dosa dan maksiat”

Kalau ustaz2 tak nak tegur, ini aku tegur. Aku tak takut penjara, aku tak takut mati. Ketika Baitulmal penuh dengan ratusan juta duit zakat, kita masih melihat di mana-mana sahaja masih ada pengemis Islam. Mcmana benda ini berlaku? Aku bukan blame pusat zakat 100% tetapi kalau setakat seorang dua yang amanah, takkan jadi.

Mereka yang berada di pusat zakat itu mesti tahu kan tentang skandal wang derma untuk Palestin yang bernilai RM500 juta lebih itu. Duit itu hilang kan? Ada toyol ke? Bangunan2 yang mereka duduk itu bernilai jutaan ringgit kan? Tetapi bila orang minta sedekah, korang susah nak bagi on the spot walaupun RM10!

Sebab itu aku pesan, tak payah bagi wang zakat pada mereka yang tidak amanah ini. Bagi terus pada asnaf, tentunya mereka dapat tanpa perlu merayu dan mengemis.

Aku harap korang faham. Itu saja yang aku minta, faham. Pusat Zakat, sila ambil perhatian. Ubah, sepatutnya kita yang tunjuk contoh kepada bukan Islam. Bukan sebaliknya.

Namun begitu bolehkah kita beri terus zakat kepada golongan asnaf? Berikut pencerahan daripada beberapa pandangan.
Bayar zakat terus kepada asnaf, ini jawapan mufti
Minta bantuan zakat tak dapat, Pak cik terpaksa ambil duit di gereja setiap minggu untuk beli ubat isteri

PARIT BUNTAR – Majlis Agama Islam Negeri Perak (Maipk) sedia mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab menggerakkan kempen mendesak masyarakat Islam membayar terus zakat kepada asnaf dan tidak melalui badan itu melalui media sosial.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mengikut hukum syarak, apabila sebuah badan khas dipertanggungjawabkan mengumpulkan zakat, maka setiap umat Islam wajib menjalankan ibadat zakat mereka kepada badan itu.

Menurutnya, ada pun terdapat kempen menyuruh masyarakat Islam membayar terus zakat kepada asnaf, dalam hukum syarak tindakan itu tidak sah kerana mereka tidak mempunyai kuasa sebagai amil bagi mengagihkan zakat terhadap lapan golongan asnaf.

“Untuk pengetahuan masyarakat, pihak majlis agama tidak akan menggunakan dana zakat terkumpul melainkan untuk diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang dipertanggungjawabkan.

“Adalah salah pendapat mendakwa majlis agama menggunakan bahagian-bahagian asnaf itu bagi tujuan lain, sedangkan pegawai-pengawai menguruskan hal zakat hanya diberi ganjaran gaji melalui bahagian amil.

“Majlis agama tidak pernah menyentuh langsung bahagian-bahagian asnaf ditetapkan kerana kesemua harta zakat perlu diagihkan secara adil kepada mereka yang layak dan perlu menerimanya,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan Hari Raya Aidilfitri sumbangan Maipk dan Yayasan Muhibbah Fng Ah Seng Daerah Kerian di sini.

Turut hadir Pengerusi yayasan itu, Tan Sri Dr Fng Ah Seng dan Ketua Pegawai Eksekutif Maipk, Dr Amiruddin Ahmad.

Harussani berkata, setiap hari, pegawai-pegawai Maipk bertungkus-lumus masuk ke setiap ceruk kampung di negeri ini bagi mengenal pasti orang Islam yang berhak dikategorikan sebagai asnaf.

Menurutnya, pada setiap tahun, Maipk bukan sahaja membina sebanyak 400 rumah dan tempat tinggal kepada golongan asnaf memerlukan, malah peruntukan lebih RM20 juta disalurkan melalui pemberian bantuan bulanan kepada golongan fakir miskin kurang upaya.

“Pendapatan zakat yang Maipk perolehi ketika ini sebanyak RM140 juta adalah tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan asnaf di Perak, sehinggakan kita terpaksa menggunakan pendapatan dikutip pada tahun berikutnya.

“Di sebalik itu, masih terdapat beberapa golongan asnaf berjaya keluar dari kepompong kemiskinan setelah diberi bantuan modal perniagaan dan mereka pula kini menjadi pengeluar zakat.

“Sekiranya inisiatif ini dapat dipertingkatkan, pastinya usaha mengurangkan bilangan golongan asnaf di Perak pada masa hadapan dapat dikurangkan,”katanya.

Harussani turut menegaskan Maipk tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengqada’kan kembali zakat yang diagihkan terus kepada asnaf, dibayar semula kepada majlis agama itu.

Menurutnya, tindakan itu bahkan digalakkan memandangkan perbuatan mana-mana pihak yang melaksanakan zakat secara terus kepada asnaf adalah tidak sah.

“Saya bimbang jika masyarakat Islam terpengaruh dengan hasutan golongan tertentu  supaya zakat dibayar terus kepada asnaf dan tidak melalui Majlis Agama Islam, maka akan pincanglah masyarakat Islam,”katanya.

 

Berikut pandangan daripada DR MAZA

 

Berikut pula pandangan daripada Ustaz Azhar Idrus jika zakat tidak diagihkan dengan betul

Sumber 1: noisytalkers.com
Sumber 2:sinarharian.com.my via Suaramedia