Allahuakhbar!! Jenazah Wanita Ditolak Bumi Gara² Gemar Melakukan Hobi Kebiasaan Wanita Di Masa Lapang

Allahuakhbar!! Jenazah Wanita Ditolak Bumi Gara² Gemar Melakukan Hobi Kebiasaan Wanita Di Masa Lapang

Sebuah kejadian yang tak biasa terjadi dalam proses pemakaman seorang wanita yang berasal dari sebuah daerah di Malaysia yang sangat sulit saat hendak dimasukkan ke dalam liang lahat. Dipetik daripada eberita.org,  kisahnya berlaku semasa  beberapa orang mengantarkan jenazah yang telah dimasukkan ke dalam keranda.

Walaupun telah diangkat oleh enam orang lelaki dewasa dengan formasi dua di depan dua di tengah dan dua dibelakang, tapi keranda itu masih terasa sangat berat.Sehingga ditambah dua orang lelaki lagi untuk membantu mengangkat keranda dan akhirnya keranda itu pun boleh dibawa ke tempat perkuburan islam.

Setelah jenazah sampai di tempat perkuburan islam terjadi sedikit masalah ketika hujan turun yang membuat tanah menjadi licin dan beberapa orang telah tergelincir.

Sepanjang proses pengkebumian, kawasan tanah perkuburang  dipenuhi dengan isak tangis keluarga dan sanak saudara.Si penggali kubur yang berusia 55 tahun sudah melakukan pekerjaan itu selama 20 tahun dan sudah sangat berpengalaman dalam menentukan lokasi dan ukuran jenazah yang akan dimasukkan dalam liang lahat.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! ! kata-kata itu keluar dari mulut hampir semua yang hadir dalam proses pengkebumian tersebut setelah satu kejadian aneh terjadi.

Jenazah wanita yang diketahui bernama Simati sudah 3 kali dimasukkan dalam liang lahat namun tidak muat, padahal si penggali kubur sudah melebarkan dua kali dari ukuran asal.

Setelah gagal dalam memasukkan jenazah kedalam liang lahad, seorang ustaz telah menyuruh anggota keluarga untuk azan ketika proses pengkebumian berlangsung

Sungguh mengejutkan,tiba-tiba proses pengkebumian menjadi mudah,dan jenazah dapat dimasukkan ke dalam liang lahad.Barulah jenazah selamat dimakamkan.Kisah ini dikatakan memang benar-benar berlaku.

Menurut jiran arwah, almarhumah adalah wanita yang suka mengumpat serta memfitnah tanpa bukti, dan almarhumah juga tidak pernah menutup auratnya selama hidup, dia suka memakai pakaian seksi menampilkan bentuk tubuhnya.

“Kami sebagai masyarakat di situ pernah menegur kelakuannya itu, namun kami di caci maki serta dilempari dengan kasut  kerana dia lebih kaya daripada kami,”katanya.

Oleh itu hendaklah kita mengambil iktibar daripada kisah ini agar menjadi pedoman hidup tidak menjadi seperti yang berlaku kepada jenazah ini.Semoga bermanfaat.

Dosa Mengumpat Lebih Besar Daripada Zina
Jauhilah kamu daripada mengumpat kerana dosa mengumpat itu lebih besar bahayanya daripada zina. Sesungguhnya seseorang lelaki itu terkadang dia berzina lalu bertaubat maka Allah menerima akan taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang mengumpat itu tidak diampuni baginya sehingga dimaafkan oleh orang yang diumpatnya. (Diriwayatkan oleh Abu Asy-Syeikh dari Jabir r.a.)

Zina adalah dosa seorang manusia itu dengan Allah SWT dan terampun dengan bertaubat (melainkan zina yang dilakukan dengan isteri orang, maka perlu dimaafkan oleh si-suami). Mengumpat juga adalah satu dosa besar tetapi hanya orang yang diumpat sahaja boleh memaafkan dosa mengumpat itu. Kesan daripada perbuatan mengumpat adalah sangat buruk. Diantara contohnya ialah; boleh memusnahkan sesebuah rumah tangga atau merosakkan imej seseorang.

…. dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Hujraat:12)

Jagalah lidah daripada mengumpat. Pada zaman Rasulullah (saw), dua orang wanita sedang berpuasa dan tidak dapat menahan keperitan kelaparan, sehingga kedua-duanya hampir maut. Para sahabat membawa berita ini ke pengetahuan Nabi (saw), lantas baginda mengirimkan sebuah mangkuk dan menyuruh mereka muntah ke dalamnya. Apabila kedua-duanya memuntahkan isi perut mereka ke dalam mangkuk, maka keluarlah ketulan-ketulan daging mentah dan darah. Para sahabat terperanjat besar, lalu sabda Rasulullah (saw): “Mereka berpuasa dengan makanan yang halal tetapi mereka mengumpat semasa sedang berpuasa, maka keadaan puasa mereka menjadi semakin payah. ” Oleh sebab itulah kedua-dua wanita itu hampir-hampir menemui maut.

Mengumpat ialah menceritakan keburukan seseorang di belakangnya, walaupun perkara itu benar.

Salah seorang sahabat Nabi (saw) bertanya: “Apakah itu mengumpat?” Rasulullah (saw) menjawab: “Menyebut sesuatu mengenai saudaramu di belakangnya yang dia tidak suka.” Selanjutnya Sahabat itu bertanya: “Dan masihkah dikatakan mengumpat sekiranya apa yang disebutkan mengenainya itu benar terdapat padanya?” Rasulullah (saw) menjawab: “Dalam hal demikian (iaitu jika yang disebutkan itu memang benar) maka sebenarnya itulah mengumpat; tetapi jika apa yang disebutkan itu palsu, maka kamu telah memfitnahnya.

…..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.. (Baqarah:191)

Mengumpat hanya dibenarkan sekiranya perlu untuk menyelamatkan seseorang daripada sesuatu penipuan atau kejahatan, namun kejahatan itu tidak boleh diceritakan secara terus-terang.

An-Nisaa [148]….Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Dalam surah Al-Humazah pula diceritakan tentang seksa yang bakal diterima oleh pencaci dan pengeji.

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (1) Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; (2) Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! (3) Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”. (4) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu? (5) (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya); (6) Yang naik menjulang ke hati; (7)Sesungguhnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka. (8) (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. / (9)

 

Sumber: nasbunnuraini.wordpress.com
Sumber: kerepektempe.com