Auto Draft

7 cara kecilkan punggung, peha dan perut. lepas 2 minggu anda akan lihat hasilnya!

7 cara kecilkan punggung, peha dan perut. lepas 2 minggu anda akan lihat hasilnya!

Auto Draft

Kegemukan dan lemak lelaki terletak pada perut. Bila nampak ‘boroi’, maka selalunya kita kata dia gemuk.

Sebaliknya, lemak perempuan tidak terkumpul di perut tetapi di paha. Oleh kerana itu, ada orang perempuan yang nampak kurus di muka, tapi sebenar masih mengalami masalah berat badan berlebihan.

Maka inilah yang paling mereka risaukan! Bukan sahaja peha yang besar, ada juga yang mempunyai punggung yang lebar.

Berikut ialah tips dan cara mengecilkan paha yang bakal memberikan anda keyakinan baru!

Auto Draft
7 Rahsia Kecilkan Perut, Peha & Punggung, Dalam 2 Minggu!
1. Sayuran & Buah-buahan
Sayuran dan buah-buahan adalah kunci kepada kesihatan pencernaan yang baik.

Apabila anda lebihkan sayuran dan buah-buahan, anda juga akan lebih cepat kenyang dan dapat mengurangkan ‘portion’ makanan anda.

Selain itu, gantikan snek dengan buah-buahan sihat atau kekacang seperti badam, pistachio, atau almond. Lebih sihat!

Auto Draft
2. Lakukan ‘lunges’
Kebanyakan wanita memang malas bersenam. Tetapi hakikatnya, ‘lunges’ adalah salah satu jenis senaman yang paling mudah dan terbukti berkesan membakar lemak dan kecilkan perut, punggung, dan peha.

Ikuti 2 langkah mudah seperti dalam gambar di bawah ini.

Teruskan ‘lunges’ ini selama 30 saat pada posisi A sebelum beralih kepada posisi B.

Auto Draft
3. Bengkung Atau ‘Shapewear’
Jika malas melakukan senaman, andaboleh juga melabur sedikit untuk membeli bengkung atau ‘shapewear’.

Dapatkan material yang sesuai dengan saiz yang elok supaya shapewear yang dipakai dapat memberi kesan yang optimum.

Selain mengurangkan lemak-lemak yang terkeluar, ia turut memberi kesan untuk jangka masa panjang.

Menariknya, anda juga dapat melihat kesan serta-merta. Ini amat berguna, lebih-lebih lagi jika anda sedang bercadang untuk menghadiri makan malam yang penting!

Auto Draft
4. Guna Krim Anti-Selulit
Peha dan punggung adalah antara bahagian yang selalu menjadi mangsa selulit!

Tapi jangan risau kerana terdapat krim di pasaran untuk membantu menghilangkan kesan selulit pada kaki.

Krim ini boleh menjadi sangat berkesan dalam melicinkan kemunculan lubang-lubang kecil akibat selulit apabila digunakan secara konsisten.

Jika anda tidak mahu membeli krim selulit, boleh buat skrub sendiri di rumah dengan menggunakan 1/4 cawan serbuk kopi, 2-3 sudu besar minyak zaitun, dan 3 sudu besar gula perang.

Auto Draft
5. Selamat Tinggal Gula
Sebuah kajian yang dilaporkan oleh CNN.com menunjukkan 10 hari tanpa gula akan menunjukkan kesan kesihatan serta pelangsingan yang jelas.

“Walaupun kajian ini dijalankan ke atas kanak-kanak, tiada sebab ia tidak memberi hasil yang sama kepada orang dewasa,” kata Dr Robert Lustig dan kumpulannya yang menjalankan kajian tersebut.

Jika anda berasa sukar untuk menghentikan gula serta-merta, cubalah berhenti secara perlahan.

Contohnya, menahan daripada mengambil gula pada makan malam terlebih dahulu.

Auto Draft
6. Lakukan Senaman Mudah
Satu lagi cara yang sihat untuk kecilkan perut, punggung, dan peha adalah dengan melakukan senaman kardio.

Apabila anda membakar lebih banyak kalori berbanding yang anda makan, anda akan kehilangan berat badan dan mendapatkan tubuh yang langsing.

Senaman kardio yang paling berkesan adalah joging, berjalan, naik turun tangga, atau berbasikal – kesemuanya menggalakkan pergerakan kaki yang aktif.

Selain itu, boleh juga anda melakukan senaman mengikut langkah mudah di bawah ini. Hanya perlu berbaring!

Auto Draft
7. Baca Kisah & ‘Quote’ Motivasi
Kadangakala baru 2-3 hari dalam proses ‘diet’, kita dah mula rasa seperti tiada perubahan dan malas untuk meneruskannya.

Jangan begitu, tubuh badan anda memerlukan sedikit masa untuk menunjukkan reaksi terhadap perubahan yang anda lakukan.

Antara sumber motivasi dan aplikasi telefon pintar yang boleh membantu anda diet adalah Fitness Buddy atau My Diet Coach.

Auto Draft
Tak Mustahil, Bukan? Cuba Lihat Kesannya Dalam 2 Minggu!
Misi untuk kecilkan perut, punggung, dan peha mungkin bukanlah semudah yang anda sangka.

Sumber: SirapLimau

Ianya tentu memerlukan keazaman yang tinggi, tetapi ia BUKAN sesuatu yang mustahil.

Bersemangatlah, kerana ini yang akan membantu anda meneruskan usaha mencapai hidup sihat sehingga ke akhirnya!

 

Inilah 8 Adik Beradik Selebriti Popular Tapi Mungkin Ramai Tak Tahu Mereka Adik Beradik!, Rupa2nya No 7 tu Adik Beradik, Susah Nak PERCAYA

Inilah 8 Adik Beradik Selebriti Popular Tapi Mungkin Ramai Tak Tahu Mereka Adik Beradik!, Rupa2nya No 7 tu Adik Beradik, Susah Nak PERCAYA

Dunia seni ini kecil sahaja dan tarikan popularitinya cukup kuat. Jadi tidak hairanlah adik kepada beberapa selebriti tempatan ini turut sama menjerumuskan diri ke dunia seni yang penuh cabaran ini.

Jika disebut adik beradik KRU, Ziana dan Anuar Zain, adik beradik Senrose, anak-anak gadis Maembong mahupun Fatimah Abu Bakar dan Sam serta Siti Saleha; mereka sudah cukup dikenali sebagai selebriti adik-beradik yang membina nama dalam industri.

Namun kami senaraikan 8 bintang ini yang turut tidak terkecuali mempunyai saudara dalam industri.

1)


(Kredit Gambar: Instagram @nur_risteena)

Ruhainies dan Risteena: Risteena yang dilahirkan pada tahun 1989 merupakan kakak kepada pelakon cantik Ruhainies yang sebelum ini pernah dilanda kontroversi atas hubungannya dengan Datuk Red dan pelakon Azrel Ismail.

Risteena mula dikenali melalui lakonannya dalam drama Playboy itu Suami Aku, Friday… I’m In Love, Cinta Teruna Kimchi, Karlos, Menjinak Ombak dan Diandra.

Ruhainies pula baru sahaja mencipta nama melalui lakonannya dalam drama Hello Mr. Perfect disamping Fattah Amin dan drama Si Montel serta terbaharu drama Jejak Karmila.

 

2)


(Kredit Gambar: Instagram @bettyrahmad)

Umie Aida, Erma Fatima dan Betty Rahmad: Pertalian darah antara Umie Aida dan Erma Fatima tentunya sudah diketahui umum, namun masih ramai yang tidak mengetahui mereka mempunyai seorang lagi adik yang turut terjun dalam bidang seni.

Betty Rahmad pernah berlakon dalam drama Adam dan Hawa, Ammara Batrisya, Pengantin Untuk Dijual dan Andalusia.

Namun Betty lebih meminati bidang nyanyian dan pernah menyumbangkan suara untuk lagu tema filem Suami Aku Ustaz, Mak Cun dan Ammara Batrisya.

Minat yang mendalam dalam bidang nyanyian membawa adik bongsu Erma Fatima ini ke uji bakat rancangan realiti Akademi Fantasia musim kedua dan ke-9.

3)


(Kredit Gambar: Instagram @fazlinaahmaddaud)

Ogy Ahmad Daud dan Fazlina Ahmad Daud: Sejak kebelakangan ini wajah Fazlina Ahmad Daud, adik bongsu Ogy Ahmad Daud sering memenuhi kaca TV dengan lakonan mantapnya dalam drama.

Fazlina mula berlakon pada tahun 1993 sebagai watak tambahan dalam drama Mat Gabrah.

Diikuti dengan drama Kelab Buku Bukit Cheri, Mencari Az Zahrah, Bukan Yang Pertama, Tetamu tetamu, Sayang Maria dan Kamelia.

Fazlina membawa diri daripada dunia seni selama 20 tahun lamanya demi memberi tumpuan kepada keluarga. 2010 dia kembali aktif berlakon drama dan teater.

Antara drama yang dilakonkannya ialah Cermin Kasih, Teman Lelaki Upahan, Asam Pedas Untuk Dia, Tuan Anas Mikael dan Mahligai Kaca.

4)


(Kredit Gambar: Instagram @elisyasandha)

Fasha Sandha dan Elisya Sandha: Kehebatan Fasha Sandha dalam bidang lakonan tidak perlu diceritakan, malah dia merupakan pelakon wanita yang mampu mempertahankan rekod disiplin yang tinggi sepanjang penggambaran.

Kini, adik bongsunya Elisya mengikut jejak langkah kakaknya untuk terjun ke bidang lakonan. Elisya turut berlakon bersama Fasha dalam filem Anak Mami Nasi Kandar (AMNK), selain filem Perjanjian Syaitan dan drama Destinasi 4G.

Malah Elisya turut mencuba nasib dalam bidang pengacaraan menerusi program televisyen Misi Kita.

5)


(Kredit Gambar: utusan.com.my)
Kuza, Kuna dan Kunie: Tengku Sariwani Tengku Muzani atau Kunie, mungkin tidak cukup terkenal seperti dua kakaknya pelakon Kuza dan Kuna.

Namun kehadirannya mewarnai industri seni. Lebih 24 tahun bergelumang dalam industri, pelakon yang juga seorang kerabat diraja Kelantan ini pernah membintangi filem Lang Buana dan Amir & Loqman Pergi Ke Laut selain drama Projek Memikat Suami, Cik Mek Molek dan Sesuci Kelopak Mawar.

6)


(Kredit Gambar: Instagram @eirasyaziralouis)

Eira Syazira dan Syafnida Shuhaimi: Nama Eira Syazira telah dikenali sejak penglibatannya dalam bidang lakonan tahun 2004.

Sepanjang kerjayanya Eira pernah membintangi drama Assignment, Meniti Bara, Gerak Khas, Elly, Ku Milikmu, Dingin Lavender dan Cinta Balqis. Pelakon ini turut membintangi filem Bisikan Remaja, Ngangkung dan Aku Bukan Tomboy.

Selain itu, Eira turut mencuba nasib dalam bidang nyanyian menerusi album Di Hati Ini dengan lagu Istana Cinta sebagai lagu tema Cinta Balqis.

Kini adiknya, Syafnida turut mengikut jejak langkah kakaknya apabila wajahnya mula kelihatan dalam drama Cinta Illahi, Memori Cinta Suraya, Sweetie Nannie, telefilem Di Pintu Syurga serta filem Fobia Malam Pertama.

7)


(Kredit Gambar: Instagram @amiraaothman)

Amira Othman dan Irfan Haris: Penyanyi ini mula dikenali setelah mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti Akademi Fantasia 2013.

Bertitik tolak daripada itu, Amira mula mula mengeluarkan single Sesaat Untukku, namun kurang mendapat sambutan. Lagu Hati-Hati dan Jaga-Jaga telah melonjakkan nama pelakon Abang Bomba I Love You yang juga penyampai di rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV 9 Ini.

Siapa sangka Irfan Haris yang cukup terkenal dengan lagu Redha dimainkan dalam drama Suri Hati Mr. Pilot merupakan adik kepada penyanyi, pelakon dan pengacara berbakat ini.

Bakat Irfan mula dicungkil menerusi program realiti Idola Kecil 4 (2011) dan Ceria Popstar (2016).

8)

(Kredit Gambar: Instagram @abbynadzri)

Ahmad Idham & Abby Nadzri: Ahmad Idham mula dikenali menerusi drama Cinta Antara Benua, Cinderella dan Romeo & Juliet.

Kini pelakon ini lebih selesa bergelar pengarah untuk filem-filem terkenal seperti Impak Maksima, Niyang Rapik, Adnan Sempit dan Gengster Celop.

Berbeza dengan adiknya Abby Nadzri yang pernah mengacarakan beberapa program TV seperti Simply Bollywood dan Pop Bollywood,

Mango TV, Gametime, Bintang RTM dan Fulus Mania. Abby turut disunting sebagai pelakon telefilem Mimi Amah Diva serta drama Puteri Salju dan Bicara Hati.

Khalid merupakan adik kandung kepada pengarah filem terkenal, Ahmad Idham yang mengemudi empayar Excellent Pictures Sdn Bhd.

Khalid juga telah membuat beberapa siri pengarahan yang ternyata menjadi dalam drama Apa Celop! dan juga yang terbaru, Runtun Qalbu.

Berbeza dengan Idham yang berlatar belakang pemegang ijazah perakaunan, Khalid pula lebih tepat kerana memegang ijazah dalam bidang pengarahan.

Pastinya kita mengharapkan hasil yang begitu padu daripada Khalid Nadzri ini.

Sumber:

https://www.rojakdaily.com

” Kami adik-beradik sudah biasa makan nasi dengan sup bawang dan garam, malah ibu dan bapa pernah bergilir-gilir berpuasa demi memastikan anak dapat makan.. “

” Kami adik-beradik sudah biasa makan nasi dengan sup bawang dan garam, malah ibu dan bapa pernah bergilir-gilir berpuasa demi memastikan anak dapat makan.. “

” Kami adik-beradik sudah biasa makan nasi dengan sup bawang dan garam, malah ibu dan bapa pernah bergilir-gilir berpuasa demi memastikan anak dapat makan.. ” – Siti Norfatihah Norshahrin yang meraih 7A dalam SPM nekad bekerja sebagai tukang cuci di sekolah untuk bantu keluarga…


Siti Norfatihah Norshahrin (kiri) bersama 2 adiknya Siti Norhikmah dan Mohammad Shafrudin menikmati makan tengahari, nasi berkuahkan sup bawang – Foto Noorazura Abdul Rahman (Berita Harian)

ALOR SETAR: Kesempitan hidup menyebabkan Siti Norfatihah Norshahrin yang meraih 7A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, nekad bekerja sebagai tukang cuci di sekolah berhampiran rumah bagi membantu keluarganya.

Gadis dari Kampung Belakang Stadium di sini itu berkata, dirinya tiada pilihan lain berikutan bapa, Norshahrin Halim, 45, tidak mampu bekerja selepas mengalami masalah saraf dan tulang akibat kemalangan pada September 2013.

“Saya memperoleh 7A, 1B+, 1C dan 1D dalam keputusan SPM baru-baru ini. Jika layak, saya merancang melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Oleh itu, saya perlu mencari duit sebagai persediaan ke universiti dan menyara keluarga.

“Bapa tidak mampu bekerja lagi, manakala ibu, Sarah Bee Bee M S M Ibrahim, 57, hanya suri rumah dan perlu menjaga moyang saya yang terlantar kerana sakit tua,” katanya.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, kakak sulungnya kini berada di Tingkatan Enam Atas dan juga bekerja di gerai makan ketika cuti sekolah untuk membantu keluarga.

Katanya, mereka adik-beradik sudah biasa hanya menjamah nasi dengan sup bawang dan garam, malah ibu dan bapa pernah bergilir-gilir berpuasa demi memastikan anak dapat makan.

“Ibu dan bapa sudah biasa ikat perut apabila bekalan beras semakin kurang. Asalkan dapat makan untuk hidup sudah memadai, yang penting kami dapat ke sekolah setiap hari.

“Orang tua kami sangat mementingkan ilmu. Mereka akan memastikan kami adik-beradik ke sekolah setiap hari walaupun tiada wang saku,” katanya yang bercita-cita menjadi akauntan.

Sementara itu, Norshahrin pernah menjadi pengawal keselamatan selama 22 tahun di sebuah universiti awam tetapi hilang mata pencarian apabila hanya mampu berdiri tidak lebih setengah jam akibat masalah saraf.

Katanya, beliau pernah bekerja semula selepas kemalangan tetapi dinasihatkan berhenti kerana kerap mengambil cuti sakit.

“Pada Oktober 2016, saya bersara dan mengambil keputusan pulang ke sini. Selepas itu, kami hanya mengharapkan bantuan orang ramai, termasuk guru sekolah anak bagi meneruskan kelangsungan hidup.


Siti Norfatihah Norshahrin (kanan) bersama keluarga serta moyangnya yang terlantar akibat sakit tua di rumah mereka di Kampung Belakang Stadium – Foto Noorazura Abdul Rahman (Berita Harian)

“Pada Oktober tahun lalu, nenek saya, Rofeah Endut, 95, mendapat bantuan kewangan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), manakala saya RM200 sebulan. Wang itu hanya cukup untuk membeli barang keperluan, termasuk lampin pakai buang nenek saya,” katanya.

Silakan SHARE..

Sumber : Berita Harian

KEJAM! Ibu Muda Pulas Kepala Anak Sampai Patah Leher Hanya Untuk Bersama Dengan….

KEJAM! Ibu Muda Pulas Kepala Anak Sampai Patah Leher Hanya Untuk Bersama Dengan….

Ibu Muda Pulas Kepala Anak Sampai Patah Leher Untuk Bersama Lelaki Lain! Akibat mahu bersama dengan lelaki lain dan kemurungan akibat kegagalan rumah tangganya, seorang ibu muda dikenali sebagai Nur Saskia Wati, 17, tergamak membunuh anaknya sendiri, Ahmad Adiya Surya, 2.

Menurut Ketua Polis Resor Batang, AKBP Edi Suranta Sinulingga memberitahu bahawa pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan keterangan suspek.

“Saat ini, kami masih menunggu lagi team Disaster and Victim Investigation(DVI) Polda Jateng, untuk menyiasat dan memastikan punca utama kematian kanak-kanak berkenaan,” katanya dipetik daripada portal Kliksatu.com.

Sebelum kejadian, ibu mertua suspek berasa agak curiga apabila mendapati cucunya tidak berada di rumah sehingga memaksa dia mencari sehingga ke rumah saudaraa-mara yang terdekat.

Namun apa yang lebih mencurigakan ialah apabila kelibat Saskia juga tidak kelihatan di rumah tersebut kerana pintu biliknya telah berkunci dari luar.

“Saya melihat cucu saya baring dalam bilik, terbungkus kain selimut dan ditutup bantal di bagian wajah, kerana tidak sedap hati saya memeriksa dan mendapati cucu saya sudah meninggal, “ kata wanita itu.

Disebabkan terkejut dengan kejadian itu, wanita tersebut bersama dengan jiran tetangga telah melaporkan kepada pihak polis dan hasil siasatan menemui bahawa terdapat kesan penganiayaan terhadap mangsa.

Dalam masa yang sama, ibu mertua suspek turut menjumpai lubang di belakang rumah mereka yang telah dgali oleh ibu muda itu dipercayai bertujuan untuk menanam anaknya sendiri.

Malah, ketika ditemui, mangsa turut telah ditekup dengan bantal.

Suspek turut mengakui bahawa sekitar pukul 7:30 malam, dia telah mencekik dan menggigit kepada anaknya sebelum kepala si kecil itu diputar sehingga menyebabkan tulang leher bayi itu patah lalu meninggal dunia.

Selain itu, punca ibu muda itu berkelakuan sedemikian ialah kerana katanya dia telah mendengar satu suara yang telah berbisik supaya dia berbuat demikian.

Malah, dia juga berasa tertekan kerana suaminya telah merantau ke Malaysia serta dia juga telah menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Bapa Sunat Bayi Lelaki Baru Lahir . Apa Jadi Selepas 24 Jam Buat Ramai TERKEJUT!

Bapa Sunat Bayi Lelaki Baru Lahir . Apa Jadi Selepas 24 Jam Buat Ramai TERKEJUT!

Perkataan berkhatan berasal daripada perkataan ‘khitan’ iaitu potong. Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama’ berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya.

PERBEZAAN KHITAN ARAB & MELAYU

Terdetik untuk kongsi perkara ini, kebetulan baru lepas sunatkan anak lelaki saya minggu lepas. Setelah saya amati perbezaan yang wujud tentangnya di antara Arab dengan Malaysia, ternyata banyak kebaikan & kelebihan untuk khitankan anak lelaki di waktu kecil seperti yang dilakukan oleh bangsa Arab.

1) Khitan ke atas bayi hanya mengambil masa lebih kurang 24jam sahaja untuk sembuh, berbanding ke atas kanak-kanak yang sudah besar yang mengambil masa berminggu-minggu.

2) Sembuh tanpa apa-apa risiko & infection, berbanding ke atas kanak-kanak yang sudah besar yang mungkin terdedah kepada pendarahan, bentan, nanah & seumpamanya.

3) Tidak perlu kepada ubatan. Bayi yang hanya minum susu, amat cepat sembuh kerana masih dalam proses pembesaran. Untuk kanak-kanak pula terpaksa disediakan makanan ‘pantang’ khas serta ubatan tertentu untuk memastikan cepat sembuh.

4) Di negara Arab, tidak pernah timbul isu saf khas buat kanak-kanak yang belum sunat ketika solat di masjid, yang mana kadang-kadang sering jadi perbalahan kita di Malaysia. Kebiasaanya terjadi apabila ada yang bertindak menghalau kanak-kanak yang belum khitan ke saf belakang atas hujah menanggung najis & lain-lain. Isu saf ni perlu perbahasan panjang lagi tentang hukum hakamnya. Ini sekadar pernyataan umum ke atas realiti yang berlaku di Malaysia, takut nanti ada yang silap faham.

5) Malah anak-anak kecil yang sudah sunat, sah solat mereka dan sah juga jika bermakmumkan mereka. Dengan syarat sudah mumayyiz (mudah faham ‘mumayyiz’: makan sendiri/pakai sendiri/istinjak sendiri). Alangkah cantiknya apabila budak-budak yang umur 6 7 tahun diajarkan untuk jadi imam dirumah bersama keluarga dalam solat yang sah.

6) Penjagaan kebersihan anak, bukan bermula ketika sudah besar, sebaliknya harus dititikberatkan sejak bayi lagi. Kerana itu Arab guna istilah ‘thoharoh’ (kebersihan) ke atas kalimah khitan.

7) Ada sebilangan orang perempuan berkata sunat waktu baby adalah menyeksakan baby, tetapi sebenarnya sunat waktu besar lagilah amat menyeksakan!. Kami tahu lah sebab kami orang laki..huhu

8) Cuma kekurangannya, bayi yang disunatkan waktu kecil, maka tidaklah mereka punyai pengalaman sunat macam kita. Kerana manalah mereka ingat apa-apa sebab kecil sangat lagi. Jadi tak adalah cerita-cerita kelakar lari dari tok mudim, atau tendang tok mudim, atau seronok mandi sungai ramai2 sebelum sunat, atau seronok dapat duit banyak orang sedekah kat kita pastu beli macam-macam mainan selepas tu, dan macam-macam lagi kisah “Masuk Jawi” yang boleh buat bahan gelak sehingga ke tua ^_^ .

Tiada salahnya untuk kita ubah adat kita kepada satu adat yg lebih baik, malah lebih mendekati sunnah yg anjurkan oleh Nabi SAW.

Dari Saidatina Aaisyah RA, “Sesungguhnya Nabi SAW mengkhatankan Hassan & Hussain pada hari ke 7 dari hari kelahiran keduanya.” — Riwayat al Baihaqi.
Wallahualam..

Oleh: Ibn Shihab Al-Dimashqy al Hanafi

*Gambar hanyalah lakonan anakanda saya Muhammad Al Azhari semata-mata, sekadar ambil berkat amalan orang-orang Melayu sebagai kenang-kenangan. ^_^

*Untuk pengetahuan juga, sebahagian besar negara Arab tak sunatkan anak perempuan mereka. Perlu dimaklumi juga ianya adalah masalah khilaf dikalangan para fuqaha’ di dalam mazhab-mazhab yang mukhtabar. Untuk di Malaysia, teruskanlah amalan yang sedia ada dalam mazhab al Imam as Syafie.

*Mesej buat para doktor di Malaysia juga supaya mula belajar untuk sunatkan bayi kecil.

*Ramai bertanya saya tentang lokasi sunat untuk baby, maaf saya tak tahu kerana saya di Cairo, Egypt sekarang. Boleh rujuk diruang komen kerana ramai juga yang berkongsi lokasi-lokasi tertentu di Malaysia, & pengalaman khitan anak-anak mereka walau umur sudah 1 2 3 tahun. Semua perkongsian positif & menarik. Alhamdulillah. Mohon rakan-rakan yang tahu mana-mana tempat sunat untuk baby boleh kongsi-kongsikan bersama. Shukran.

MURAJAAH 7 PERKARA SUNNAH NABI KETIKA MENDAPAT KELAHIRAN

Hari pertama : (1) Azan & iqomah di telinga bayi. (2) Tahnik
Hari Ke 7 : (3) Beri nama. (4) Aqiqah. (5) Berkhatan. (6) Cukur rambut.
Hari tidak ditetapkan : (7) Sedekahkan wang berdasarkan berat rambut anak yang telah dicukur itu dengan nilai semasa emas atau perak. ***tambahan 1 lagi : Tanam uri.

Sumber : FB Ibn Shibab Via Cite Malaya